Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, 5 January 2012

PEMUDA PAS SOKONG TINDAKAN AHLI PARLIMEN UMNO INI !

PEMUDA PAS SOKONG LAJIM!

Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR


PEMUDA PAS Sabah menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin untuk keluar daripada UMNO/ Barisan Nasional.


Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, tindakan yang dibuat oleh Ahli Parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa UMNO/ BN ditolak oleh pemimpinnya sendiri.



“Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada UMNO/ BN. Ini merupakan petanda bahawa, UMNO/ BN tidak hanya ditolak oleh rakyat tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu,” katanya.


Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini diwar-warkan akan mengetuai satu front baru yang dikenali sebagai Sabah people Front (SPF) sebagaimana yang telah dilaporkan di media massa arus perdana.


Desas-desus mengatakan demikian semakin kuat apabila tindakan Lajim menghadiri majlis sambutan Krismas bekas wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk John Ghani yang turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Tambahnya, sifat pemimpin UMNO/ BN yang tidak mengenang budi dengan jasa-jasa Lajim yang telah memberi kuasa kepada UMNO/ BN untuk memegang tampuk pemerintahan Sabah sekitar tahun 1994 lalu juga menyaksikan bahawa UMNO/ BN dalam dilema dan perpecahan.


“Tindakan berani Lajim melompat daripada PBS kepada UMNO bersama beberapa rakannya yang lain telah memberi laluan UMNO/ BN mendapat majoriti mudah mentadbir negeri,” jelasnya.


Menurut Lahirul, pihaknya turut mempelawa Datuk Seri Lajim untuk bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat bagi membela nasib dan taraf hidup rakyat Sabah.


“Kita pelawa beliau untuk sama-sama dengan Pakatan Rakyat. Beliau sudah sedar apabila bersama UMNO/ BN masih tidak berubah.


“Yang berubah ialah pemimpin-pemimpin UMNO/ BN,” ujar Lahirul./sabahkini.net

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.