Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GERTAK TAK MAKAN !

AWALNYA BUKAN MAIN BERPETIR-PETIRAN, KEMUDIAN BILA PR TAK BERGANJAK MAKA MAHU BERBINCANG PULAK, ERTINYA BERBAYU-BAYUAN ! INI MACAM IBRAHIM ALI DAN PEKASAM TERKENTUT DAN TERKANTOI !

PKR sambut baik usaha KDN, IGP; sedia bincang perhimpunan 901

January 05, 2012

Azmin menggesa pihak polis agar memelihara keselamatan awam termasuk para peserta demonstrasi. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 5 Jan PKR hari ini menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman 901 berjalan dengan aman dan teratur. Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataannya hari ini turut menyambut baik kenyataan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang bersetuju untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman tersebut.

“Saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Ahli Parlimen Gombak ini menjelaskan, hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan dan merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik.

“Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.

“Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka,” tambahnya.

Azmin turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para peserta demonstrasi tersebut dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur.

“Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi (Universiti Pendidikan Sultan Idris) UPSI dan Bersih tidak akan berulang.

“Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya,” katanya lagi.

Sehubungan itu jelasnya, PKR menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.