Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, January 5, 2012

Amaran Kerajaan Rakyat Kepada Polis Diraja Malaysia


Selalu polis beri amaran. Biasanya, polis-polis ni pantang nampak rakyat berhimpun secara aman... mereka terus beri amaran suruh bersurai. Kalau rakyat marhaen tidak bersurai, ha mulalah ada syaitan yang menyamar macam polis mandikan rakyat dengan air asid. Malahan ada syaitan yang menyamar seperti polis dan membelasah rakyat macam si Rahim Noor yang perangai tidak senonok tu.

Kekadang ada juga rasa pelik dengan tindakan polis yang beri amaran tu... mereka tidak tahu undang-undang atau mereka sengaja hendak langgar undang-undang! Mentang-mentanglah mereka pakai uniform, mereka ingat semua mereka bolih buat ikut suka hati mereka!


Kerajaan Rakyat
ingin memberi peringatan kepada pihak polis. Pada hari Isnin, 09.01.2012 bersamaan 14hb Safar 1433 Hijrah, insyaAllah dijangkakan 100,000 rakyat akan BERHIMPUN SECARA AMAN dalam apa yang disebut sebagai Perhimpunan Aman 901.

Pihak polis diharap ambil perhatian bahawa perhimpunan ini insyaAllah akan berlangsung dengan penuh harmoni dan semangat setiakawan sekiranya pihak
PDRM tidak membuat provokasi atau mengganggu kelancaran program perhimpunan aman rakyat ini.

Dengan ini Kerajaan Rakyat ingin memberi amaran kepada pihak polis (Terutama Ketua Polis Kuala Lumpur) agar jangan membiarkan anggota saudara bertindak ikut sesuka hati mereka. Andai perbuatan ganas, liar dan bersifat kebinatangan yang pernah dilakukan olih pihak polis terhadap orang awam diteruskan juga, besar kebarangkaliannya negara akan mendapat malu dan rakyat akan semakin benci, menyampah dan jijik terhadap jabatan polis.


Group Kerajaan Rakyat di: 
di sini    

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
5 Januari 2012
Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik. Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka.

Oleh itu saya menyambut baik kenyataan YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim. KEADILAN menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi
memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur.

KEADILAN tegas menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi
demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

KEADILAN turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur. Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang. Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap
institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya.

Mohamed Azmin Ali 
Timbalan Presiden KEADILAN  

Apa kata polis?

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/379086_271057149615501_138833462837871_674431_562597740_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/394001_271057166282166_138833462837871_674432_653197712_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/391090_271057192948830_138833462837871_674433_1637157863_n.jpg


Apa kata Majlis Peguam?

Majlis Peguam: Himpunan 901 Dibenarkan Perlembagaan

[SK] SHAH ALAM, 3 JANUARI : Isu berhubung himpunan 901 sempena dengan pengumuman kes fitnah Liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sama sekali tidak bercanggah dengan undang-undang negara malah dibenarkan oleh Perlembagaan.

Ini kerana himpunan yang bakal diadakan itu sekadar perhimpunan untuk memberi sokongan kepada DSAI yang dibicarakan semenjak hampir 3 tahun lalu berhubung konspirasi untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat oleh musuh-musuh politik beliau.

Menurut Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee tidak tertulis di mana-mana perlembagaan pun bahawa kehadiran sebagai tanda sokongan kepada tertuduh di mahkamah adalah satu kesalahan.

“Mahkamah adalah tempat terbuka kepada orang ramai untuk hadir mendengar perbicaraan.

“Malah orang ramai mempunyai hak untuk hadir ke mahkamah apa lagi untuk memberi sokongan kepada tertuduh selain mendengar keputusan yang akan diberikan,” ujar Lim memberi ketika dihubungi TV Selangor.

Lim turut memberitahu bahawa jumlah yang akan hadir ke perhimpunan itu nanti bukan satu isu untuk dijadikan alasan pihak berkuasa bahawa perkara tidak diingini akan berlaku.

“Sebaliknya jika pihak polis memberi kerjasama mengawal keadaan, saya tidak melihat sebarang masalah untuk rakyat yang prihatin berhimpun memberi sokongan kepada sesiapapun yang mereka ingini,” tegas Lim yang dihubungi melalui panggilan telefon.

Berhubung dakwaan seorang menteri bahawa Majlis Peguam menjadi alat politik, Lim pantas menjelaskan itu bukan isu yang perlu dibangkitkan.

“Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak atau individu. Sebagai pengamal dan penegak perundangan kami cuma berminat pada asas perundangan iaitu keadilan yang menjadi hak setiap manusia,” katanya lagi.

Lim turut membangkitkan sikap ‘Double Standard’ pihak berkuasa dalam menangani isu-isu seperti ini bilamana perhimpunan yang membabitkan PKR seringkali diprovokasi dengan isu keselamatan.

“Sikap double standard ini sangat mendukacitakan malah menjatuhkan karisma, keupayaan dan professionalisme pihak berkuasa polis dalam menjalankan tugas mereka.

“Sambutan Tahun Baru dihadiri oleh puluhan ribu rakyat dibolehkan dan dapat berlaku dengan baik hasil kerjasama pihak berkuasa juga. Tapi mengapa pula kes seperti ini yang tidak pun melanggar mana-mana undang-undang dijadikan isu?,” soal Lim kembali.

Lim dengan positif juga menyatakan bahawa mereka yang akan hadir 9 Januari ini pasti terdiri dari golongan yang cintakan perundangan yang adil dan tidak akan sesekali mencetuskan huru-hara walau apapun keputusan mahkamah seperti yang cuba digemburkan sesetengah pihak.

“Saya harap orang ramai akan hadir memberikan sokongan kepada DSAI. Himpunan ini penting bukan sekadar membela DSAI semata-mata sebaliknya penting kepada orang awam juga berkenaan sistem perundangan negara yang semakin parah.

“Hadirlah beramai-ramai untuk menunjukkan bahawa rakyat hari ini sudah bosan dan jemu dengan konspirasi dan fitnah seperti ini dan rakyat menolak sebarang ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku,” ujar Lim lagi.


Apa kata TG Hadi dan Kit Siang?

Hadi dan Kit Siang Sertai Kempen 901

[SH] ....Sementara itu, Abdul Hadi berkata, sekiranya mahukan sistem pemerintahan yang adil, perubahan besar perlu digerakkan dengan bersungguh-sungguh.

"Kalau ia tidak berlaku, tidak akan wujud pilihan raya umun yang bersih dan adil yang mengikut amalan demokrasi yang telah diamalkan oleh negara-negara lain," katanya.

Dalam pada itu, Kit Siang pula mencadangkan supaya pelajar universiti diberi kuasa bagi menyatakan sebarang pandangan dan cadangan bagi menambahbaiki sistem pentadbiran negara.

"Sistem sedia ada mengekang pergerakan pelajar dan perlu diubah. Kita tidak mahu mereka menjadi mangsa keadaan.
 
"Jadi, bagi merealisasikan perubahan ini, DAP akan bersama-sama dan menyokong sebarang usaha termasuklah kempen untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin depan," katanya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.