Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ULAMA PATUT TEGUR JANGAN JADI SYAITAN BISU

DATO' NAJIB MEMANG TIDAK BANYAK TAHU HAL AGAMA, SEPATUTNYA ORANG YANG FAHAM AGAMA DISEKELILINGNYA PERLU TEGUR DATO NAJIB ATAU MAJLIS RAJA-RAJA ATAU MUFTI WAJIB TEGUR DATO' NAJIB KERANA KENYATAANNYA BANYAK MENYANGGAH AL QURAN DAN HADIS NABI

SEMUA ORANG DISEKELILINGNYA JANGAN JADI SYAITAN BISU, ANDAINYA BENAR DATO' NAJIB BERKATA " GOLONGAN EXTREM MENEKANKAN KEMENANGAN SELEPAS MATI " . APA YANG KITA FAHAM KALIMAT INI MENUNJUKKAN TIADA HIDUP SELEPAS MATI ATAU TIADA KEBAIKAN SELEPAS MATI

ANDAINYA DATO' NAJIB MAHUKAN MODERAT SECARA GLOBAL MAKA DATO' NAJIB TIDAK SEPATUTNYA MENYENTUH KEPADA APA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH DIDALAM AL QURAN KERANA DIDALAM AL QURAN SUDAH BANYAK BERCAKAP TENTANG MODERAT, CUMA UMAT ISLAM SAHAJA YANG MEMBELAKANGKAN AL QURAN DAN MENJADIKANNYA HANYA UNTUK BACA BERTARANUM SAJA

PAK KARAMU NAMPAK APA YANG DIUCAPKAN OLEH DATO' NAJIB ADALAH KERAPA ULAMA TIDAK MEMAINKAN PERANAN YANG BETUL TENTANG ISLAM DAN AL QURAN, INI MEMBUATKAN PARA PEMIMPIN APABILA BERCAKAP MEREKA MENGIKUT APA YANG MEREKA SUKA MAHU CAKAP TANPA MENGAMBIL KIRA SOAL DOSA DAN PAHALA

18 Januari, 2012

Gempar!! Ucapan Najib Hina Sahabat Rasulullah S.A.W?

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah dan ramai yang menyambutnya dengan baik termasuklah Persatuan Ulama Malaysia. Beliau mengumumkannya dalam perhimpunan persidangan antarabangsa Pergerakan Moderat Global (ICGMM). Persidangan tersebut di rasmikan oleh Datuk Seri Najib semalam.

Datuk Seri Najib sejak tahun 2010 sering mempromosikan fahaman kesederhanaan dan menolak apa yang dikatakan sebagai ekstrem. Apakah yang dimaksudkan oleh beliau dengan fahaman 'Ekstrem' ? Lihat antara petikan beliau dalam ucapan semalam:

"Daripada meraikan kesucian hidup , seperti yang dituntut semua agama, golongan ekstrem menekankan kepada kemenangan selepas mati"


Kenyataan tersebut di atas membuatkan saya terfikirkan apakah pendapat Perdana Menteri terhadap para sahabat Nabi yang berjuang untuk mengakkan Islam dan amat mencintai syahid. Para sahabat sering mengigaukan mati di medan perang dan sentiasa menyambut seruan jihad dengan girang apalagi ianya sentiasa digalakkan oleh Rasulullah bahawa mereka yang syahid mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah.


Apakah ucapan Perdana Menteri itu menempelak para sahabat dan galakan Rasul untuk lebih mengutamakan kehidupan selepas mati? apa kata para ulama? Bagi saya ia merupakan satu penghinaan terhadap perjuangan Nabi dan para sahabat yang mementingkan kemenangan selepas mati sehingga amat mencintai syahid dan kenyataan tersebut tidak menghargai pengorbanan para sahabat yang memegang sikap berani mati demi memastikan Islam sampai kepada kita sehingga hari ini. ~
wartashubhi

1 orang berkata:

Anonymous said...

mungkin dia sendiri tak berminat dgn ulamak tapi lebih sekufu dgn apco, yahudi laknatullah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.