Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YB MALIK KASIM EXCO PENANG TIDAK MEMILIKI SEBARANG HARTA WALAUPUN SEBUAH RUMAH!

Thursday, January 12, 2012



Hari ini ahli exco Pulau Pinang dan ahli ex-officio seperti pegawai undang-undang,kewangan dan SUK telah mengisyhtiharkan harta mereka secara rasmi bagi membuktikan amalan ketelusan dan CAT yang diamalkan selama ini. Apa yang lebih penting, ia dapat membuktikan betapa bersihnya pemerintahan Pakatan Rakyat selama hampir empat tahun dalam mentadbir Pulau Pinang.

Mendahului Pulau Pinang adalah Selangor yang telah dibuat sejak Mac 2009. Ketelusan kerajaan Pakatan Rakyat seperti inilah yang menyebabkan orang-orang seperti Zah Hujan dan lain-lain tidak boleh mencari maka n dalam Pakatan Rakyat termasuklah mendapatkan projek.



Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, exco yang paling tumpuan ialah ahli exco dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan.


Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 yang dibayar dengan pinjaman kerajaan.


"Rumah saya kepunyaan isteri kerana dia bekerja. Saya kini tinggal di sebuah rumah sewa. Rakan-rakan saya melawak bahawa sekiranya saya bergaduh dengan isteri saya, maka saya akan tidur di kereta," katanya.






Penulis melihat cara hidup YB Malik ini tersangatlah sederhana, yang mana betul-betul mengamalkan sikap berhemah dan berbelanja mengikut kemampuan dirinya sendiri.







Beliau yang merupakan Adun Batu Maung dalam Parlimen Bayan Baru (yang mana ahli Parlimennya Zahrain yang keluar PKR) adalah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna bagi Pulau Pinang.







Bayangkan beliau langsung tidak memiliki sebarang harta,tidak sepertimana wakil-wakil rakyat yang lainnya, hanya satu penggal naik menjadi Adun sudah mampu memiliki pelbagai kekayaan termasuklah banglo mewah dan sebagainya.







Tidak seperti Adun-adun Umno seperti Khir Toyo dan Adun Pelabuhan Klang suatu masa dahulu, mampu membina banglo bertaraf rumah agam dengan hanya menjadi Adun selama beberapa penggal. Malah di tempat penulis sendiri dalam satu Dun di daerah Dungun,Adunnya yang dahulu hanya pengusaha kecil yang mendapat pinjaman Tekun kini sudah mampu untuk membina banglo sendiri.







Orang seperti YB Malik inilah yang kita mahukan.Walaupun beliau layak untuk membeli sebuah rumah, beliau kekal sama seperti sebelum menjadi Adun. Pembelian kereta pula hanyalah kerana kereta lamanya sebuah Tiara mungkin tidak sesuai lagi digunakan yang mungkin sudahpun uzur. Malah, beliau membeli kereta baru pun dengan kaedah pinjaman bukannya cash seperti Adun lain.







Syabas YB Malik!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.