Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Apa hasil debat ?

APA HASIL DEBAT ? 

Pandangan Saifuddin berpandukan tajuk dan mengambil kira tentang lunas peraturan dan ketetapan peraturan yang telah tersedia oleh kerajaan sebagai pegangannya, dan dia begitu yakin tentang keadilannya namun hati kecilnya tetap mengatakan ada titik hitam disitu, inikerana hujah dari keterangannya banyak kepada penyelarasan teknikal untuk dia mempertahankan pandangannya yang mungkin agak tempang 

Sementara hujah Salehuddin Ayub berdasarkan kenyataan dan persembahan undang-undang dinyatakan tidak selari dan segala- undang-undang dan peraturan itu hanya sebagai yang terdapat diatas kertas tapi tidak pada rialiti kerana  hasil undang-undan dan peraturan yang ada penuh dengan muslihat untuk kepentingan oleh yang mencipta undang-undang tersebut, ertinya undang-undang mengabui mata rakyat kerana disana ada kepentingan dan muslihat

Walau apapun debat berjalan dengan baik san sihat

 Tuesday, June 19, 2012

Debat Saifuddin dengn Salahuddin tak ada fedah Ali Alhabshee kata?


KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Umno, Selasa, diminta menetapkan garis panduan kepada mana-mana anggota parti yang ingin berdebat dengan pembangkang bagi menjamin etika dan dasar parti tidak dipersenda dan dibahaskan di khalayak umum secara terbuka.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata mana-mana pemimpin UMNO yang teringin berdebat dengan wakil pembangkang sepatutnya terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada MT.

"Ini bukan kerana takut kepada pembangkang, tetapi bagi menjaga kehamornian parti dan mengelakkan daripada kerajaan diperlekehkan secara terbuka oleh pembangkang," katanya dalam laman web www.umnobahagiancheras.blogspot

Beliau berkata apabila berlaku perdebatan mengenai pelbagai isu secara tidak langsung ia membawa imej kerajaan kerana UMNO merupakan tunjang kepada pemerintah.

Katanya debat secara terbuka hanya memberi lebih ruang dan peluang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan secara tidak berhemah.

"Bayangkan, jika debat disiarkan secara langsung oleh stesen penyiaran dan disaksikan lebih 3 juta orang, pembangkang sudah pasti akan memanipulasi debat tersebut untuk kepentingan mereka," tegasnya.

Secara tidak langsung kata beliau pembangkang telah berjaya menyebarkan dakyah mereka dan sedikit sebanyak mampu mencetus persepsi negatif rakyat kepada parti pemerintah.

Beliau mengulas debat antara Anggota MT UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertajuk 'Demonstrasi Jalanan, Meruntuh atau Mengukuh Demokrasi' di Shah Alam malam ini anjuran sebuah akhbar tempatan.

Syed Ali berkata debat antara Saifuddin dengan Salahuddin tidak memberi banyak manfaat kepada kepentingan UMNO dan kerajaan secara keseluruhannya.

Beliau berkata dalam situasi politik sekarang pemimpin UMNO sepatutnya berusaha mengemaskan jentera pilihan raya di semua peringkat daripada sengaja menonjolkan diri supaya dilihat popular.

"Kadangkala dalam usaha untuk dilihat popular, dikhuatiri akan terjerat dengan perangkap yang dipasang pembangkang menerusi perdebatan tersebut," tegasnya. - BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.