Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA PERGI MENINGGALKAN PLANET DUNIA KE DARUL BAIDHA

Exco Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin meninggal dunia

June 19, 2012
 
TEMERLOH, 19 Jun — Exco Pahang Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh pagi ini, selepas hampir dua minggu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang itu menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 9 pagi ini, menurut anak saudara allahyarham, Saiful Azman Mokhtar Affendi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak.
Saiful Azman berkata isteri allahyarham juga sedang dirawat di hospital yang sama akibat tekanan darah tinggi.

Tan Mohd Aminuddin dimasukkan ke hospital itu pada 8 Jun lepas kerana mengalami cirit-birit serta muntah muntah dan kemudiannya ditempatkan di ICU akibat  komplikasi penyakit lain termasuk sakit jantung dan kencing manis.

Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno Bahagian Maran dan telah lima penggal  menjadi anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang sebelum ini.
Jenazah allahyarham dijangka dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Chenor. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.