Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pandangan islam sekular tentang fardhu haji dengan kezaliman kekal mana yang lebih afdal ? Sedangkan menunaikan fardhu haji itu atas yang berkuasa mengerjakannya jika tidak ada yang lebih penting maka kerjakanlah yang lebih afdhal, itu sebab mengaji kena tammat, bangang tak habis-habis !

14 Jun 2012

Kenyataan DS Zahid Hamidi Isu PAS Mahu Ahli Tangguh Tunai Haji


BAGAN DATOH - "Tanggunglah risiko jika terpaksa menunggu lama selepas ini." Itu peringatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada jemaah haji yang menolak tawaran ke Makkah semata-mata kerana mahu mengundi pada pilihan raya umum akan datang.


Zahid berkata, jemaah haji tahun ini yang menolak tawaran ada kemungkinan tidak akan mendapat tawaran untuk menunaikan haji semula pada tahun hadapan kerana kuota haji telah ditetapkan setiap tahun dan mereka yang menolak perlu menunggu giliran seterusnya.


Dalam keadaan itu, katanya, jika terpaksa menunggu lama, mereka tidak boleh menyalahkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mahupun kerajaan kerana apa yang berlaku adalah kehendak mereka sendiri.


“Individu yang mendaftar tahun ini akan mengerjakan haji pada 2030. Yang mendapat tawaran tahun ini tetapi menolak jangan anggap mereka boleh pergi pada tahun hadapan," katanya.


"Peringatan saya, jangan utamakan politik untuk ketepikan agama dan jangan bercakap soal hukum sahaja dengan mengatakan haji boleh ditangguhkan jika dalam keadaan darurat,” katanya.


Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin meminta penyokong parti itu supaya menangguhkan haji tahun ini supaya ereka tidak ketinggalan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijangka akan serentak dengan musim haji.


Zahid turut membidas tindakan pembangkang yang mengaitkan situasi politik dan pilihan raya sebagai darurat sehingga sanggup menangguhkan fardu haji.


"Pembangkanglah yang semakin darurat dari segi politik kerana takut hilang undi dan sanggup menyarankan ahli mereka menangguhkan haji.


"Lihatlah dan rujuklah kepada al-Quran, hadis termasuk alim ulama dalam perkara sebegini. Berikanlah keutamaan dalam hal-hal agama.


“Politik itu adalah sandaran kuatkan agama dan bukan menggunakan agama untuk kuatkan politik,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.