Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Persidangan Kebangkitan Islam : Antara Cahaya Islam dan Kegelapan Barat


yaman
ARRAYAH.INFO, Yaman, 16 Jun 2012 - Press TV melaporkan mengenai Persidangan Tahunan Kebangkitan Khilafah yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir di Yaman. Persidangan pada tahun 2012 telah diadakan pada 14 Jun 2012 di Sana', Yaman yang bertajuk - 'Kebangkitan Islam : Antara Cahaya Islam dan Kegelapan Barat' [The Muslim Uprisings : Between The Light of Islam and The Fire of the West]

Laporan itu menunjukkan bahawa:
  • Ramai pemimpin puak dan pemimpin Islam yang berada di sana.
  • Banyak organisasi yang berbeza telah menghantar perwakilan mereka.
  • Kumpulan belia atau delegasi turut berucap pada persidangan itu.
  • Orang ramai semakin melihat Khilafah sebuah Negara Islam Global sebagai penyelesaian, dan berazam untuk memastikan akhir revolusi dalam penyelesaian Islam.
Hizbut Tahrir Yaman telah Berjaya Menyelenggarakan Persidangan Ini
Hizbut Tahrir Yaman menyatakan bahawa para pemuda telah sedar bahawa revolusi mereka dirampas oleh Barat dan menegaskan bahawa rakyat Yaman saat ini tengah mengusahakan alternatif mengikut Islam.

Para pemimpin suku bersama dengan para pemuda menghadiri persidangan Islam pada Khamis bertarikh 14 Jun 2012 dan menggemakan seruan mereka untuk menegakkan Khilafah sebuah Negara Islam Global yang tak lama lagi akan dapat direalisasikan.

Para peserta persidangan bergemuruh meneriakkan takbir dan sama-sama mendengungkan "Saatnya Khilafah Ditegakkan".

Selama persidangan, pembicara utama mengumumkan bahawa Hizbut Tahrir mempunyai perlembagaan Islam yang siap untuk diterapkan di Yaman, Mesir, Tunisia, dan lebih dari 40 buah negara lain tempat kelompok ini melakukan aktiviti.

Banyak dari mereka yang menghadiri persidangan Islam mendapat kesempatan mengungkapkan pandangan dan pendapat mereka di atas pentas. Salah seorang pemuda yang revolusioner menyatakan kekesalannya atas perubahan arah revolusi yang telah mereka usahakan.
arrayah
Persidangan Islam ini menarik banyak pemimpin suku terkemuka dari Yaman dan beberapa tokoh Islam yang merasa bahawa musim Kebangkitan Arab telah diawasi oleh negara-negara barat yang takut akan munculnya Khilafah sebuah Negara Islam Global.

Banyak dari mereka yang hadir juga menegaskan penolakan terhadap demokrasi yang bertentangan dengan hukum Islam.

Menurut penceramah persidangan, dunia Islam sekarang di ambang kebangkitan Islam yang akan menamatkan sistem kapitalis dan menyatukan semua kaum Muslim. [khilafah.com / arrahmah / al-khilafah.org]

Sumber : http://www.khilafah.com/index.php/multimedia/video/14111-video-press-tv-report-on-hizb-ut-tahrirs-khilafah-conference-in-yemen

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.