Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEME INGAT RAKYAT BODOH YOB OIII !

Isu Nizar – UMNO Sedang Menggali Kubur Sendiri?


Teman secara peribadi melihat isu Nizar-Istana Johor ini adalah sesuatu yang sangat baik dan positif buat rakyat Malaysia..

Tiada apa cacat celanya twitter oleh DS Nizar dan respons daripada Istana Johor pun adalah sesuatu yang boleh dijangka oleh majoriti rakyat! Apa lagi respons yang kita harapkan daripada Istana Johor?

Bagaimanapun sangat-sangat jelas, UMNO telah memainkan isu ini terlalu garing sehinggakan kini seolah-olah bakal hangus! (overcook).

Respons daripada DS Nizar adalah sangat-sangat ‘humble’ dan menyerlahkan sifat beliau yang sememangnya semua orang sedia maklum.. seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan low profile.

Ramai daripada sahabat-sahabat teman yang non-politiking memberi respon yang sangat baik terhadap isu ini dimana mereka secara jelasnya menghormati cetusan simpati DS Nizar kepada rakyat.


Dan mereke juga tidak menyalahkan Istana Johor secara ‘direct’ kerana sememangnya apa jua yang berkaitan dengan Istana ianya sangat-sangat sensitif!


Cumanya, peranan keterlaluan UMNO didalam isu ini sangat-sangat jelas bilamana media-media utama milik mereka(baca:UMNO) seolah-olah bagai nak gila memainkan isu ini siang dan malam!

Dan tindakan Istana seolah-olah bersetuju dengan permainan UMNO ini juga sememangnya memperkuatkan lagi kebencian rakyat kepada UMNO tanpa melibatkan pihak Istana Johor itu sendiri!

Teman yakin lagi lama UMNO memainkan isu Nizar-Istana Johor ini lagi teruk reputasi dan imej UMNO dimata rakyat! Eh? Bukankah imej UMNO sememangnya semakin hina di mata majoriti rakyat?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.