Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA ORANG RUGI BESAR, RAKYAT ADA SIKIT SELESA

25 July 2012

Penghapuskan Duti Eksais Kereta - BN Kata Tidak Wajar

Niat Pakatan Rakyat untuk menghapuskan duti eksias dan berbagai cukai terhadap kereta-kereta adalah usaha yang patut mendapat sokongan. Ini adalah kerana kereta adalah perkara keperluan oleh rakyat negara ini yang masih terlalu jauh ketinggalan dalam menyediakan kemudahan pengangkutan awam. Sesungguhnya rakyat telah terlalu terbeban dengan kos pembelian kereta kerana sebahagian besar dari harga jualan kereta di negara ini adalah disebabkan oleh elemen cukai-cukai seperti duti eksais yang tinggi yang di kenakan oleh pihak kerajaan kita.


Jika duti eksais diturunkan ketahap minima maka kereta import yang berharga sebanyak RM150,000 itu akan boleh didapati dengan harga RM120,000 misalnya. Malahan kalau kita kaji harga kereta di banyak negara maju ia adalah jauh lebih rendah dari harga kereta yang rakyat kita terpaksa bayar. Harga kereta di negara ini terlalu tinggi dan kita adalah bersamaan dengan negara-negara seperti Singapura dan segelintiran negara di-rantau ini.

Itulah sebabnya ramai diantara rakyat negara ini, apabila kembali ke Malaysia kereta adalah salah itu ‘item’ penting yang dibawa mereka kembali kerana mereka telah membeli kereta-kereta tersebut dengan harga yang amat murah diluar negara. tetapi cadangan ini jangan kita harapkan mendapat sokongan dari pihak parti yang memerintah sekarang kerana mereka tidak akan bersetuju untuk memberikan sokongan dan alasan ‘standard’ yang diberikan mereka ialah tindakan itu akan mengbangkrapkan negara.

Pihak BN telah memberikan reaksi yang negatif terhadap isu ini dan Ketua Pemudanya Encik Khairy Jamaluddin telah menyatakan jika ini terlaksana maka ia akan mengurangkan pendapatan negara dalam jumlah yang berbillion ringgit setahun. Kita tidak boleh melayani pandangan ini kerana beliau (Khairy) adalah di pihak pimpinan dan kerajaan yang tidak mempunyai cukup imiginasi untuk mencari pendapatan alternatif terhadap kekurangan pendapatan dari tindakan mengurangkan duti eksais dan cukai-cukai yang berkaitan dengan harga kereta ini.

Kalau kita mengambil ‘pot’ terhadap alasan Khairy ini semuanya tidak boleh kita lakukan. Memang menjadi ‘attribute’ pimpinan pada hari ini untuk tidak mahu melakukan apa-apa yang ‘innovative’ untuk kepentingan rakyat dan jika mereka hendak lakukan pun, mereka tidak akan mampu malakukannya. Pihak pimpinan sekarang hanya berfikir yang memberikan RM500 itu sebagai bantuan untuk mengurangkan beban itu adalah yang terbaik kerana mereka tidak mempunyai daya ‘innovation’ yang tinggi. Lepas ini mungkin penjawat awam akan mendapat bonus raya pula dan ini mereka anggap akan dapat meringankan kehidupan mereka sampai bila-bila.

Yang penting bagi kita ambil ingatan, iaitu Pihak BN khususnya UMNO tidak mempunyai kewibawaan untuk menggubal dasar yang baik untuk rakyat. Oleh kerana terlalu biasa dengan keuntungan kroni-kroni apabila menggubal dasar, lama kelamaan pemikiran pimpinan itu menjadi tumpul dan menganggap apa sahaja yang pihak pembangkang buat itu merupakaan satu perkara yang tidak boleh dilaksanakan. Pimpinan BN melakukan terhadap pihak pembangkang itu berdasarkan kepada tahap kemampuan mereka. Oleh kerana mereka tidak terfikir dan tidak mampu melakukannya maka pihak pembangkang pun dianggapnya tidak berkemampuan seperti mereka.

Dalam isu penghapusan duti eksais kereta-kereta ini Khairy menyatakan yang ia akan merugikan kerajaan berbillion ringgit, tetapi Khairy tidak pula mengakui yang kerajaan yang didukungnya bertanggungjawab diatas ketirisan sebanyak RM28 billion setahun. Jika PR menjaga ketirisan ini dari berlaku, maka kita boleh menjimatkan wang rakyat sebanyak RM28 billion setahun dan angka ini lebih rendah dari kehilangan pendapatan jika cukai dan duti eksais dihapuskan.

Menghapuskan cukai dan duti eksais itu akan menambahkan ‘disposable income’ rakyat dan ia bermakna kehilangan pendapatan kerajaan itu dipindahkan kepada penambahan ‘disposable income’ rakyat yang ramai. Saya tidak tergamak hendak memberikan ‘markah’ kepada Khairy sebagai pemimpin tertinggi pemuda UMNO tetapi yang menyedihkan saya sepandai mana seseorang itu dan berkelulusan dari mana sekali pun seseorang itu, apabila menjadi ahli UMNO dan pegang pula jawatan yang tinggi-tinggi dalam parti itu dengan secara ‘automatic’ seseorang itu akan menjadi jumud pemikirannya. Yang pandai akan menjadi tidak pandai jika bersama UMNO dan itulah sebabnya UMNO sudah tidak lagi dihormati oleh rakyat seperti dahulu.

Kenapa pemimpin seperti Khairy tidak pernah menyentuh tentang harga-harga projek yang menjadi terlalu tinggi jika UMNO yang mengendalikannya. Khairy tidak pula mahu menyentuh yang pembelian Scorpene merupakan pembelian yang terlalu mahal sedangkan negara lain membeli kapal selam yang spectnya sama dengan kapal selam yang kita beli itu dengan membayar harga yang jauh lebih rendah dari apa yang kita bayar.

Sekarang sudah menjadi persepsi biasa yang apa-apa projek yang diusahakan oleh UMNO itu jauh lebih tinggi harganya dengan harga yang sepatut dan sebenarnya. Kalau hendak menjual sesuatu kepada UMNO kita boleh jual dengan harga yang berlipat kali ganda asalkan sahaja sanggup memulangkan sebahagian besarnya kepada pemimpin-pemimpin mereka yang lahap dengan rasuah dan ketagih dengan wang ringgit haram itu.

Berbalik kepada usaha Pakatan Rakyat untuk memansuhkan isu duti eksais ini kedalam manifesto bersama PR itu merupkan perkara yang amat dinanti-nantikan oleh semua pihak kerana pemansuhan itu akan memberikan faedah kepada keseluruhan rakyat. Ia akan lebih bernilai dari BRIM sebanyak RM500 sekali sejak merdeka 55 tahun yang lalu.

Dengan pemansuhan ini rakyat akan mendapat faedahnya tanpa bersusah payah untuk mendapatkan sokongan Ketua UMNO bahagian dan kelulusan Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk mendapatkan sejemput bantuan dari BRIM yang menjadi isu kebanggaan Najib dan Muhyiddin ke hulu ke hilir untuk mengungkit-ngungkit tentang bantuan itu dan memaksa semua memberikan undi dalam PRU yang akan datang.

Kita elok berfikir sejenak sebelum kita membuang undi kita kali ini, kerana berfikir sejenak itu adalah lebih baik dari beramal sepanjang malam.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/07/penghapuskan-duti-eksais-kereta-sekali.html

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.