Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMBOIII MANJUNG MARI !

 

Haram Jadah 1Malaysia- Haram Jadah 1Malaysia

Saturday, July 21, 2012

Calonkan Artis Abby Abady untuk DUN Pasir Panjang.

Geng kekawan aku ada buat poll siapa calon yang sesuai untuk DUN-dun Negeri Perak.... seperti digambar bawah...  
Banyak yang sokong Nizar, dalam pencalonan tersebut, aku pula sokong Puan Roha Ketua Muslimat PAS Lumut,,, kenapa aku aku tak sokong Nizar?... Ha ha ha..... Hak aku lah nak sokong sapa pun... 

Bagi aku, PAS jangan dok ikut stail UMNO,,, lihat pemimpin UMNO,,, sampai mereput dok tunggu kerusi satu-satu itu sahaja, contoh Parlimen Pekan,, daripada dulu kini selamanya kat Pekan tu lah...  

PAS kena ikut stail DAP luaskan pengaruh,, lihat Lim Kit Siang,,, dari Melaka hingga ke satu Semenajung di mana ada kelompok Cina ia akan bertanding, ada ketika beliau kalah, dan ada kalanya menang, dan akhirnya mereka berjaya dapatkan negeri Pulau Pinang... 

DS IR Nizar sekarang ni pun dah jadi ikon rakyat,, letaklah  kat mana pun yang mana PAS ada potensi untuk menang, semua pengundi dah kenal dengan beliau, jadi tak ada masaalah buat diri beliau,, secara tak langsung muka-muka baru dalam PAS dapat diketengah dalam arena politik.  
Aku ada dengar ura-ura yang belum sahih kata putusnya, kononnya DUN Pasir Panjang akan diletakkan calon import, kalau nak letak letak calon import lebih baik PAS Perak letak Artis wanita Abby Abady yang dah pun jadi ahli seumur hidup PAS, kami petugas PAS Lumut pun rasanya tak teruk nak bekerja keras, sebab guna pakai calon import ikon selebriti masyarakat 

PAS Lumut sekarang dah ada kekuatan tersendiri tanpa bantuan mana-mana pun, hasil kerja keras mereka-mereka yang diamanahkan... Jadi apa yang aku impikan, kalau DS Nizar tidak diletakkan di kerusi DUN Pasir Panjang,, ikutlah senarai calon-calon yang dicadangkan oleh PAS Lumut... 

Aku mewakili dari suara-suara sahabat-sahabat ahli PAS Lumut, Mereka-mereka semua  dah puas dah bekerja keras,, masing-masing ada keinginan mahukan kemenangan dengan identiti calon tersendiri..Tolonglah fahami hasrat hati kami di sini... . 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.