Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA LAGI GIMIK POLITIK SELEPAS INI ?

Tidak ada catuan air di Selangor, kata Muhyiddin

July 23, 2012
 
PUTRAJAYA, 23 Julai – Tidak akan ada catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa ini, tetapi syarikat pembekal air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mesti mempunyai pelan terperinci untuk menangani masalah kekurangan bekalan air di sesetengah kawasan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan Perdana Menteri itu mahu menenangkan rakyat di tiga kawasan tersebut selepas pembekal air di negeri Selangor itu memberi amaran dua minggu lalu bahawa syarikatnya mungkin terpaksa mencatu air kerana hampir tiada lagi rizab air di loji rawatan air di negeri tersebut.

“Tidak ada catuan tetapi di beberapa tempat yang berlakunya kekurangan bekalan air, Syabas akan menyalurkan air kepada mereka jadi tidak ada sebarang masalah,” kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mesyuarat khas Kabinet terhadap isu air Selangor, di sini hari ini.

“Pada keseluruhannya, kita merasakan kita perlu ada pelan untuk menyelesaikan masalah air di tiga kawasan ini. Sesetengah loji rawatan sudah melebihi kapasiti, sesetengah bekerja 24 jam, jadi kita perlu hadapi masalah ini pada masa hadapan,” kata beliau.

Muhyiddin juga berkata bahawa Kabinet akan bertemu dengan Syabas dalam masa terdekat untuk membincangkan pelan untuk menyelesaikan isu air ini.

Syabas dan syarikat utamanya Puncak Niaga menimbulkan persoalan sama ada krisis air ini telah “direkacipta” untuk mempercepatkan projek pembinaan loji rawatan Langat 2 yang bernilai RM3.6 bilion di mana Puncak Niaga dikatakan akan beroperasi di situ.

Sementara itu, kerajaan negeri, syarikat konsesi air dan juga kerajaan Persekutuan terus tuduh menuduh antara satu sama lain berkenaan isu bekalan air, dan perang mulut ini menyebabkan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur risau tentang bekalan air mereka yang menyebabkan isu ini boleh dijadikan isu pilihan raya tentang siapa yang bertanggungjawab jika sekiranya ada berlaku catuan.

Muhyiddin juga mengumumkan bahawa Putrajaya telah bersetuju untuk membina loji rawatan itu walaupun kerajaan Pakatan Rakyat membantah.

Muhyiddin berkata projek Langat 2 adalah penting untuk mengelakkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dari mencapai paras air kritikal menjelang 2014.

Beliau juga berkata Putrajaya akan merujuk keinginan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih Syabas kepada Peguam Negara kerana ia melibatkan teknikal undang-undang.
Pada 16 Julai, Selangor mengumumkan ia akan mengambil alih operasi Syabas untuk mengelakkan kejadian krisis air yang direka dan telah diterangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai “mencurigakan”.

Khalid juga berkata laporan awal audit mengatakan Syabas tidak menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Khalid berkata, tindakan mahkamah mungkin diambil sekiranya Putrajaya enggan membenarkan pemintaan kerajaan negeri kerana enggan menyelesaikan masalah bekalan air.

Pada 14 Julai, Syabas membentangkan kepada Suruhanjaya Pembekalan Air Nasional (SPAN) cadangan untuk mencatu air, dan pelan ini berlaku di Lembah Kelang, khususnya Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang.

Dalam laporan yang terdapat dalam website, Syabas merekodkan pada 5 Julai, permintaan purata air ialah 4,324.79 juta air sehari (MLD) dengan air bersih yang disimpan sekadar 46.21 MLD atau 1.6 peratus – jauh dari paras yang dimahukan iaitu 20 peratus.

Syarikat bekalan air juga itu berkata catuan air ini diperlukan kerana kekurangan air, pencemaran sungai serta kerja pembaikan di loji-loji syarikat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.