Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA GELANG SUDAH PATAH


16 Julai, 2012

Ini Punca Muhyiddin Bermati-Matian Pertahan Kerusi Gelang Patah

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu BN Gelang Patah berusaha habis-habisan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menurutnya akan berlangsung "tidak lama lagi." Timbalan perdana menteri merangkap timbalan pengerusi BN berkata kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya. "Saya meminta setiap anggota Umno bahagian Gelang Patah dan anggota komponen BN mempertahankan habis-habisan Parlimen Gelang Patah. Tidak ada masa untuk istirahat lagi, kita kena kerja keras 24 jam sehari untuk memastikan kemenangan (BN)," katanya hari ini.

Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah, yang turut dihadiri ketua bahagiannya Datuk Abdul Aziz Sapian.
  
Parlimen Gelang Patah yang kini disandang oleh wakil rakyat BN, Tan Ah Heng daripada MCA, turut terdiri daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya dan DUN Skudai.

Kerusi DUN Nusajaya disandang oleh Abdul Aziz, manakala kerusi DUN Skudai pula dimenangi Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.
  
Sebelum ini, terdapat spekulasi kuat menyatakan DAP mahu meletakkan Dr Boo sebagai calonnya bagi kerusi Parlimen Gelang Patah manakala ada juga ura-ura PKR mahukan pengerusi negeri Johornya, Datuk Seri Chua Jui Meng bertanding kerusi Parlimen itu.
  
Muhyiddin berkata Nusajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor merupakan antara kawasan yang paling maju di Malaysia dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan pendidikan.
  
Selain menempatkan Universiti Teknologi Malaysia, katanya Parlimen Gelang Patah turut memiliki beberapa institusi pengajian tinggi swasta bertaraf dunia seperti Newcastle Medicine University Malaysia, Marlborough College dan taman tema Legoland yang pertama di Asia.
  
Kepada kepimpinan Umno Bahagian, beliau menasihati mereka supaya mengetepikan segala perbalahan sesama sendiri dan bersatu-padu dalam memastikan kemenangan BN.
  
Katanya anggota Umno di Bahagian Gelang Patah perlu menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN di Gelang Patah.
  
"Sesiapa sahaja yang dipilih oleh perdana menteri, kita perlu memberi sokongan tidak berbelah bagi dan bekerja keras. Kemenangan dia (calon) itu juga adalah kemenangan kita," katanya.
  
Beliau meminta anggota MCA di Gelang Patah melipatgandakan usaha mereka dan bekerja "10 kali ganda lebih kuat" dalam memastikan kemenangan parti pemerintah di kawasan itu.
  
Kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah, kata Muhyiddin, turut menyumbang kepada usaha BN untuk mempertahankan tampuk kekuasaannya pada peringkat pusat pada PRU13.
  
Timbalan perdana menteri berkata kerajaan pimpinan perdana menteri dalam tempoh tiga tahun telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu rakyat, antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
  
Sementara itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk pelaksanaan pelbagai program pembangunan rakyat di Parlimen Gelang Patah. ~bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.