Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BETUL LA KATA PENGANALISA POLITIK NAJIB SEMAKIN POPULAR hi hi hi

NAK BODEK AGAK-AGAK LA !

Wednesday, July 25, 2012

Lagi Adun BN Keluar Parti : ADUN BN Sarawak Keluar Parti


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini.

“Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Tan Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.

“Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya,” katanya, lapor Borneo Post.

Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.

Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata:

“Manfaat apa?

Kepada saya?

Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.

“Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik.

Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011. Beliau menyertai SPDP pada 2003.

DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.

KLTODAY

RAKYAT SARAWAK MESTI BERANI BERUBAH DEMI MENGUBAH NASIB MEREKA.

JANGAN PILIH PEMIMPIN PENTING KAN DIRI SENDIRI NANTI RAKYAT JUGA YANG MERANA KELAK ........BERANI MELAKU KAN PERUBAHAN ~
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.