Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Koperal polis tidak mengaku salah merompak

19/07/2012 6:27pm

KUALA TERENGGANU — Seorang polis berpangkat koperal hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan melakukan rompakan bersendirian dan berkumpulan dalam kejadian berasingan pada hari sama, dua minggu lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Wan Zazaljala Wan Hussin, 31, didakwa merompak sebuah beg tangan warna ungu bersama identiti pengenalan dan kad bank, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM300 milik Goh Lee Chin, 38, di Mesin ATM Public Bank, Dungun pada 2.20 petang, 5 Julai lepas sebelum ditahan polis dua hari kemudiannya.

Dia yang berasal dari Jertih, Besut didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 September ini untuk sebutan kes.— BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.