Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LIA OLANG SILUPA LANUN !

Sunday, July 1, 2012

Pemimpin UMNO dedahkan mengapa PERKASA Pulau Pinang sering menggangu Guan Eng!!


Ini adalah banner yang telah digantung oleh pihak Perkasa Pulau Pinang dihadapan kolpleks MPPP Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Dari apa yang tertulis memang jelas bahawa pihak yang mengantungnya terdiri dari orang-orang yang bodoh kerana ejaan 'racist' ditulis dengan 'resis'..

Utusan Malaysia melaporkan kononnya sekumpulan penduduk bersama NGO telah membantah kehadiran Guan Eng ke kawasan mereka..
BALIK PULAU 30 Jun - Sekumpulan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah kehadiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng ke kawasan mereka di Teluk Bahang, di sini.
Mereka berkumpul seawal pukul 7.30 pagi bagi menyatakan tidak puas hati terhadap corak pentadbiran Guan Eng yang dikatakan tidak telus dan menindas rakyat, khususnya orang Melayu.

Kumpulan itu juga membawa kain rentang yang antaranya tertera perkataan-perkataan seperti Guan Eng Rasis dan Guan Eng hanya pandai perkudakan semua bangsa - Utusan

Hakikatnya program santai bersama rakyat ini telah diganggu oleh PERKASA Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Bukit Gelugor (kalau tak silap).

Mohd Ridzuad Azuddin, Ketua Perkasa Pulau Pinang suatu masa dulu pernah disergah oleh Jingga 13 ketika mahu mengadakan demo di Komtar, bagaimanapun akibat dari sergahan tersebut membatakan hasratnya mahu mengadakan demo itu.

Video sila lihat di ( SINI )

Sumber dalaman UMNO yang tidak boleh menerima tindakan provokasi oleh Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang mendedahkan bahawa Mohd Ridzuad adalah Ketua Pemuda UMNO samada dari Bahagian Bukit Gelugor ataupun Bayan Baru..

Menurut sumber antara dua Bahagian UMNO itu beliau kurang pasti tetapi beliau pasti Mohd Ridzuad adalah Ketua Pemuda UMNO.

Provokasi yang dijalankan oleh Mohd Ridzuad terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah atas arahan beberapa pemimpin UMNO di Pulau Pinang yang kecewa dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kekecewaan mereka adalah kerana Kerajaan Negeri yang sedia ada tidak meneruskan dasar yang diguna pakai oleh UMNO semasa diperkuda oleh Gerakan sewaktu memerintah Pulau Pinang dulu..

Dimana dasar mereka adalah memberikan projek kepada kroni tanpa melalui tender terbuka.

Dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ini telah menyebabkan banyak Syarikat yang dikuasai oleh pemimpin-pemimpin UMNO gagal dalam persaingan sebt harga.. kerana mereka telah biasa dengan memberikan sebt harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.

Oleh itu mereka tersingkir dalam kebanyakkan tender terbuka bagi setiap projek Kerajaan Negeri.

Ini menyebabkan mereka terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur bagi mengemis projek dari Kerajaan Pusat yang masih dikuasai oleh pemimpin UMNO.

Menurut Pemimpin UMNO tersebut lagi upah yang diterima oleh mereka-mereka yang turut bersama Ketua Wira PERKASA itu adalah antara RM50 hingga ke RM100.

Dana untuk upah tersebut disumbangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang kecewa dengan dasar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang ada sekarang..

Dibayar secara tunai disebuah Restoran.. selalunya mereka dibayar setelah selesai melakukan provokasi terhadap Guan Eng..

Ini perlu kerana pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri tidak percaya kepada Ketua Wira PERKASA itu... maklumlah.. kalau bagi sebelum buat kerja nanti di balik tidur pulak..

Kelebihan diberikan kepada Ketua Wira PERKASA itu dimana beliau sering dibawa melancung ke Indonesia oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang membiayai kerja-kerja tidak bertamadun yang berjaya dijalankannya..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.