| Munajat Perdana Dan Bantah Kekejaman Ke Atas Ummat Islam Rohingya Posted on Wednesday, July 25 @ 23:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh Nasrudin Hassan
Sempena Ramadhan al Mubarak, seluruh ummat Islam prihatin digesa untuk mengadakan Munajat Perdana dan Bantah Kekejaman ke atas Ummat Islam Rohingya. Munajat dan bantahan ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS peringkat negeri dengan kerjasama NGO-NGO Islam yang lain di setiap masjid negeri masing-masing di seluruh negara.
Munajat Perdana dan Bantah Kekejaman Ke Atas Ummat Islam Rohingya yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia adalah seperti berikut ;
Munajat Perdana dan Bantah Kekejaman Ke Atas Ummat Islam Rohingya yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia adalah seperti berikut ;
Tempat : Masjid Negeri
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tarikh : 27 Julai 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan seluruh Ummat Islam bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan Ummat Islam Rohingya sekaligus menghancurkan regim zalim yang melakukan pembersihan etnik ke atas ummat Islam Rohingya.
Dewan Pemuda PAS Malaysia turut menggesa agar Kerajaan Malaysia mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.
Melalui Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia, memorundum rasmi akan dihantar ke Wisma Persekutuan dan juga kepada pihak bertanggungjawab antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut.
Nasrudin bin Hassan
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia


0 orang berkata:
Post a Comment