Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 17 Julai 2012

ORANG KAYA SUDAH LARI DENGAN DUIT BILA TAHU PAKATAN AKAN MENANG PRU13






SENATOR SYED HUSIN ALI



TEKS BERIKUT DIEMBARGO SEHINGGA 5:30 PTG 17HB JULAI 2012







UCAPAN PENANGGUHAN SENATOR DR SYED HUSIN ALI
DEWAN NEGARA 17 JULAI 2012
ALIRAN KELUAR KEWANGAN HARAM

tukar tiub siarkan pada jam 15:31

Izinkan saa membangkitkan dalam ucapan penangunguhan ini soal aliran kewangan haram, walaupun soal ini pernah ditimbulkan dalam Dewan Rakyat dan juga di luar Dewan. Sebabnya ialah jawapan yang telah diberikan kepada soalan ini masih belum memuaskan.

Pada umumnya aliran keluar wang haram melibatkan modal yang diperolehi dan dipindahkan atau digunakan secara haram dan tanpa rekod. Modal atau wang itu biasanya diperolehi melalui aktiviti-aktiviti haram seperti korupsi, penyembunyian kekayaan dari cukai, untung dari perdagangan tidak halal dan kegiatan jenayah.

Mengikut laporan global Financial Integrity dengan tajuk Financial Flows from Developing Countries: 2000-2009, Malaysia terletak pada kedudukan kelima mengikut jumlah wang haram yang mengalir keluar, iaitu di belakang China, Russia, Mexico dan Saudi. Dalam tempoh tahun 2000 hingga 2008 jumlah wang haram yang keluar dari Malaysia adalah sebanyak $291 billion, manakala sehingga 2009 jumlahnya ialah $337 atau lebih RM1 trilion (iaitu RM1000 bilion). Jikalau pihak Kerajaan tidak bersetuju dengan angka-angka ini, saya harap Menteri Kewangan membuat bantahan secara rasmi dan terbuka.

Di Malaysia pengaliran wang haram ini melonjak lebih tiga kali ganda dari $22.2 billion (RM67.7 billion) pada tahun 2000 kepada $68.2 billion (RM208 bilion) pada tahun 2008. Ini merupakan kadar lonjakan paling besar dibandingkan dengan negara-negara lain. Pada tahun 2009 jumlahnya kurang sedikit, iaitu kira-kira $47 bilion (RM145 bilion). Mengikut laporan tadi, kadar lonjakan yang besar ini berlaku mungkin berkaitan dengan isu-isu tatakelola pentadbiran (governance) yang menjejaskan sektor-sektor awam dan swasta.

Kebetulan, lonjakan besar yang berlaku ini ialah dalam tempoh dua tahun berikutan pilihanraya umum pada bulan Mac 2008, manakala UMNO-BN telah kehilangan majority dua-pertiga dalam Parlimen. Adakah perkara ini berlaku akibat takutnya sesetengah golongan kaya dengan keputusan pilihanraya itu? Saya harap jumlah aliran keluar bagi tahun-tahun tersebut tidak terus melonjak oleh kerana ada ketakutan sesetengah pemimpin besar politik dan ekonomi yang takut akan prospek buruk UMNO-BN dalam pilihanraya akan datang.

Jelas bahawa jumlah sebanyak lebih daripada RM1000 bilion wang haram yang mengalir keluar dalam tempoh tahun 2000 hingga 2009 itu bukan sahaja besar bahkan serius. Ia berjumlah lebih daripada lima kali ganda Anggaran Belanjawan 2012 yang lebih kurang RM182 bilion itu. Fikirkan betapa berfaedahnya jika wang atau modal sebanyak ini boleh digunakan sebagai pelaburan dalam negara.

Dari segi hutang pula, jumlah wang haram ini adalah lebih daripada dua kali ganda jumlah hutang negara, yang pada 2012 adalah sebanyak RM456 bilion. Ertinya dengan cukai yang boleh dikutip daripada wang haram yang mengalir keluar sepanjang satu dekad antara tahun 2000 sehingga 2009, kita sebenarnya boleh melunaskan sebahagian besar daripada hutang negara tersebut.

Seperti yang disebut tadi, dari segi ekonomi, dan bahkan juga politik, soal aliran keluar kewangan haram ini adalah besar dan serius. Kita perlu mempunyai maklumat yang terperinci mengenainya. Seterusnya, perlu ada dasar yang tegas serta berkesan untuk membendungnya. Memang tidak mungkin kita menghapuskanya sama sekali. Akan tetapi sekurang-kurangnya kita harus mengambil langkah-langkah yang rapi untuk mengawalnya. Jikalau perkara tersebut boleh dikawal, kita mungkin tidak perlu berhutang ataupun terlalu mengharapkan pelaburan asing untuk pembangunan negara dan kemajuan rakyat.

Sehubungan ini saya ingin mengemukakan beberapa soalanyang sya harap akan dijawab oleh Menteri Kewangan dengan memuaskan.

1. Berapakah jumlah pengaliran keluar wang haram bagi tahun 2010, 2011 dan 2012?

2. Setakat yang diketahui, apakah golongan atau golongan-golongan yang paling banyak sekali mengalirkan keluar kewangan haram dari negara ini?

3. Setakat yang diketahui juga, ke negara atau negara-negara manakah wang haram itu paling banyak mengalir?

4. Apakah dasar kerajaan terhadap aliran keluar wang haram ini dan seterusnya apakah tindakan atau tindakan-tindakan yang telah dan boleh diambil untuk mengawal atau mengurangkannya?

5. Adakah wujud undang-undang untuk menghukum mereka yang didapati bersalah kerana terlibat dengan pengaliran keluar wang haram itu? Apa hukumanya?

Terima kasih.
Dr Syed Husin Ali

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.