Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP sentiasa tentang tindakan melompat parti, kata Karpal

August 20, 2012
GEORGE TOWN, 20 Ogos — Pengerusi DAP Karpal Singh berkata parti itu sentiasa menentang tindakan melompat parti.

Beliau berkata tindakan itu adalah satu perkara yang serius kerana melibatkan pengkhianatan anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat.

“Anda tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan kehendak rakyat dan DAP tidak akan bertolak ansur dengan tindakan melompat parti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Karpal juga berkata DAP berharap pilihan raya umum akan datang adalah bersih dan calonnya juga bersih serta tidak mengkhianati rakyat.

Beliau berkata mahkamah telah mengisytiharkan bahawa tindakan melompat parti tidak menyalahi undang-undang namun melanggar hak perlembagaan untuk kebebasan berpersatuan. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.