Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Hudud: Pas dakwa Dr M tak yakin dengan Najib
RUZY ADILA IDRIS
29 Ogos 2012
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
SHAH ALAM - Kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak menolak pelaksanaan hukum hudud seperti terkandung dalam Islam, sebaliknya hanya tidak boleh menerima hudud Pas menunjukan manifestasinya tidak yakin dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, bekas Perdana Menteri itu seolah-olah tidak percaya urus tadbir kerajaan sekarang sehingga terpaksa buka mulut tentang undang-undang, politik dan ekonomi.

"Saya tetap menghormati hak bersuara beliau kerana ia baik dari segi demokrasi tetapi beliau memberi terlalu banyak sangat komen.

"Perdana Menteri yang lain sebelum ini tidak pernah pun buat begitu kerana mereka yakin dengan pengganti mereka," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Dr Mahathir sebelum ini menegaskan bahawa beliau menolak hudud Pas, tetapi menafikan pernah berkata beliau menolak hudud Islam.

Beliau berkata, hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada dalam al-Quran.

Tambah Salahuddin, Dr Mahathir sudah beberapa kali bercakap sebegitu. "Kalau benar beliau yakin dengan hukuman hudud sebagai perundangan Islam, kenapa beliau tidak buat apa-apa sewaktu memerintah selama 22 tahun lalu.

"Mengapa apabila kerajaan (pimpinan) Pas di Kelantan dan Terengganu meminda enakmen undang-undang jenayah syariah, Pas pula dikatakan melaksanakan 'hudud Pas'?" kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.