Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Friday, August 24, 2012

Pru13: Maklumat Penting Dari Democratic Action Party (DAP)


DAP lancar kempen daftar pemilih besar-besaran
Beri pendapat anda terhadap politik Malaysia di sini dan di sini.
Membaca kemungkinan Pilihanraya Umum akan datang hanya akan berlangsung seawal Januari 2013, DAP menggesa semua warganegara yang layak mengundi untuk mendaftar segera.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat kebangsaan DAP, Anthony Loke, Ahli Parlimen Rasah menyeru kepada semua warganegara yang belum mendaftar sebagai pengundi untuk berbuat demikian sebelum 15 September 2012 bagi memastikan nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih akhir yang dikemaskini tiga bulan sekali, supaya berpeluang mengundi pada PRU ke-13 akan datang.

Menurut beliau masih terdapat 3.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi, namun masih belum mendaftar sebagai pemilih; dengan Selangor di tangga teratas sebanyak 589,328 individu belum mendaftar, manakala Johor menyusul dengan 462,377; Sarawak 433,194 dan Perak 300,995 inidividu yang masih belum tersenarai dalam daftar pemilih.


Loke juga berkata bahawa dalam pilihanraya umum 2008, parti-parti Barisan Nasional berjaya meraih sejumlah 4.08 juta undi; dengan perbezaan sekadar 280,000 undi berbanding undi sebanyak 3.79 juta kepada parti-parti Pakatan Rakyat.

Kata beliau, memandangkan jumlah pengundi yang belum mendaftar melebihi margin antara kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat, adalah penting bagi mendaftarkan seramai mungkin pengundi bagi menjamin kemenangan Pakatan Rakyat.

Untuk tujuan itu katanya, DAP dan rakan-rakan kongsinya akan melaksanakan kempen pendaftaran besar-besaran untuk tiga minggu berikutnya dengan menyediakan tapak-tapak pendaftaran di lebih 40 lokasi termasuk di pusat beli belah, pasar pagi, pasar malam dan pusat-pusat khidmatnya; bagi memudahkan pendaftaran pemilih.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web Reg2Vote.com, atau dengan menghantarkan email kepada info@reg2vote.com atau menghubungi hotline kempen di 016 878 2472. 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.