Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, August 24

MATI BERDIRI la kalau nak tunggu Umno punya...

Hudud: Nik Aziz sokong Dr Asri
Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidah.
“Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia. Walau apapun bangsa di dunia; Arab, Melayu, Cina atau India sekalipun, kerosakan akidah ini padahnya ialah azab Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan digubal sebaik mungkin dengan mengumpul pandangan para pakar agar enakmen itu menjadi kenyataan.

Namun Nik Aziz mendakwa tindakan menghantar surat bagi menghalang pelaksanaan hudud bukan cara seorang Muslim, namun lebih kepada gerak langkah politik jahat.


Jelas beliau, hudud sudah dibentang sejak 19 tahun lalu namun sehingga kini Umno didakwa tidak mengambil langkah positif membentangkan ‘hudud versi Umno’ yang dikatakan adil.

`Pintu perbincangan masih terbuka’
“Saya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan. Datangkanlah alternatif dan buatlah pembetulan terhadap kelemahan. Jika ingin dibincang sekalipun, silakan. Para penggubal ada lagi yang masih hidup Alhamdulillah, pintu perbincangan masih terbuka. 
“Namun menghantar surat menghalang pelaksanaan hudud bukan merupakan cara seorang muslim. Ia lebih mirip kepada gerak langkah politik jahat yang tidak berminat kepada hukum Allah.Namun Umno khususnya bekas presidennya yang sudah bersara tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi Umno yang dikatakan adil itu. 
“Tempoh 19 tahun, satu huruf hudud ala Umnomasih belum wujud, jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja Umno tidak berminat untuk melaksanakan hudud, apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata. Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu,” katanya yang juga Mursyidul Am Pas.
Jelas beliau, enakmen tersebut digubal dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim dan Almarhum Datuk Seri Setia Prof Dr Mahmud Saedon Awang Othman.

Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Datuk Hasbullah Mohd Hassan, Datuk Wan Mutalib Embong, Datuk Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad. Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.


Beliau berkata enakmen itu sempurna tanpa kecacatan dan menyangkal bahawa ia digubal secara sambil
lewa.

Dr Asri dalam laporan akhbar berkata, PAS memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.


Menurutnya, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan DUN Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini.


Katanya, sebagai contoh dalam kes rogol, enakmen itu tidak jelas dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mungkin terkeliru dengan memikirkan hanya memerlukan empat saksi bagi menghukum pesalah.-
FMT

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.