Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Isu Syabas: 2 sebab Pusat tak timbang hasrat Selangor

3 Ogos 2012
Krisis air
Krisis Air
KUALA LUMPUR - Kes mahkamah yang belum selesai adalah antara sebab kerajaan persekutuan tidak dapat mempertimbangkan permohonan kerajaan Selangor untuk mengambil alih operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam satu kenyataan, berkata kes mahkamah itu difailkan Syabas bagi menuntut pampasan kerana kerajaan Selangor tidak bersetuju menaikkan tarif air bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 2009.


"Sebab kedua ialah kerajaan Selangor dan Syabas didapati melakukan keingkaran dan tuduhan kerajaan Selangor ke atas keingkaran yang dilakukan Syabas didapati tidak mencukupi untuk membolehkan kerajaan Selangor mengambil alih operasi Syabas berdasarkan klausa 32 perjanjian konsesi," kata KeTTHA dalam satu kenyataan di sini.


Kenyataan itu bagi membetulkan beberapa kenyataan yang dilapor dibuat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa anggota Exco kerajaan negeri berhubung isu air di Selangor, selain memberi gambaran sebenar isu yang dibangkitkan pihak terbabit.


Pada 24 Julai lepas, portal Selangorku melaporkan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail sebagai mendakwa kerajaan negeri itu mahu mengambil alih operasi Syabas kerana syarikat tersebut tidak mampu menguruskan bekalan air, namun tidak diluluskan kerajaan Pusat.

  
Mengulas lanjut isu itu, KeTTHA berkata kerajaan pusat akan mendapatkan pandangan muktamad daripada Peguam Negara sebelum mengambil sebarang tindakan.

Mengenai dakwaan bahawa kerajaan pusat dan Syabas bertanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air seperti loji di Selangor kerana fasiliti itu dipajak kepada mereka, KeTTHA berkata: "Kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri tidak pernah memajak mana-mana aset air negeri kepada kerajaan persekutuan."


Sehubungan itu kata KeTTHA, tanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air di loji rawatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terletak pada kerajaan Selangor selaku pemilik aset.


"Tanggungjawab Syabas sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor hanyalah membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukan berperanan memastikan ketersediaan bekalan air terawat," kata KeTTHA.


Kementerian itu berkata semua perkara tersebut diperuntuk menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, masing-masing mengikut Seksyen 188 dan 191 KeTTHA mengulas kenyataan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Penyayang Dr Xavier Jayakumar yang dilapor portal Selangorku pada 24 Julai lepas. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.