Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kepercayaan penyokong PR kini di tangan Majlis Syura!

0
0
  
Print Friendly

Dari blog greenboc

PAS serah Majlis Syura bincang isu Nasharudin

KUALA LUMPUR: PAS menyerahkan kepada Majlis Syura parti itu untuk membincangkan isu membabitkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Memandangkan Nasharudin bukan lagi merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, maka isu berkaitan ahli parlimen Bachok itu tidak dibincangkan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik dan pilihan raya, di pejabat parti itu, petang ini.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Abdul Hadi berkata PAS menganggap Umno sudah kehilangan tokoh agama sehingga terpaksa mengambil tokoh daripada PAS.

“Mungkin Umno sudah kehilangan tokoh agama mereka hingga terpaksa menumpang tokoh daripada PAS. Kita anggap begitulah,” tegas beliau dan disambut gelak ketawa oleh hadirin.

Isu berkaitan Nasharudin itu timbul berkaitan tersebarnya gambar beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Arab Saudi, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menegaskan isu membabitkan Nasharudin tidak menjejaskan PAS memandangkan tiada sebarang aduan atau permintaan daripada akar umbi untuk mengenakan sebarang tindakan terhadap Nasharudin.

“PAS ada saluran tertentu. Ada peringkat cawangan, kawasan. Setakat hari ini, tidak ada sebarang aduan berkaitan beliau diterima. Jadi, PAS tidak terjejas dengan isu tersebut,” tegas beliau lagi merujuk kenyataan Nasharudin yang mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP berkeras menolak hudud.

Hadi: Majlis Syura tentukan nasib Nasharudin

KUALA LUMPUR – Pas menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Syura bagi menentukan kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menggesa agar parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR), selain terlibat dalam pertikaman lidah dengan pemimpin DAP.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan Nasharudin itu tidak sedikit pun memberi kesan ke atas parti.

“Saya akan serahkan kepada Majlis Syura untuk mengambil sebarang tindakan kepada Nasharudin,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Biro Politik Pas di sini, hari ini.

Beliau menambah, Pas akan tetap berjuang bersama PR kerana perjuangan agenda perjuangan parti lebih besar berbanding dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasharudin sebelum ini.

Beliau turut berkata yang Umno kehilangan tokoh agama dan terpaksa mengambil pemimpin agama dari parti Pas untuk “tumpang semangkuk” kerana mereka tidak ada kewibawaan yang cukup dalam menjawab isu agama.

“Bagi kami, tiada sebarang masalah di kalangan akar umbi jika mahu keluar parti. Pas sendiri ada saluran sendiri jika ada ahli yang mahu keluar parti,” katanya.

Tambah beliau, tindakan Nasharudin baru-baru ini juga tidak akan menjejaskan parti sama sekali.

Awal minggu lalu, media memaparkan gambar Nasharudin, Ahli Parlimen Bachok, bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama di Makkah.

Kemunculan itu mencetuskan tanda tanya di kalangan ahli Pas. Dalam kenyataannya kepada media Nasharudin menafikan spekulasi akan keluar Pas.

Nasharudin sebelum ini pernah dikaitkan dengan usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas isu itu, juga awal minggu lalu, berkata, beliau tidak akan terkejut jika Nasharudin keluar parti.

Awal tahun ini, Pas memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. -SH

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.