Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Najib Dinasihati Oleh Ulama Bisu Dan Ampu
Posted on Friday, August 03 @ 05:40:56 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

  Oleh MOHD SANY BIN HAMZAN
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan falsafah dan prinsip beliau mengurus tadbir Negara adalah berpaksikan Al Quran dan Sunnah semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid At Taqwa, Paroi semalam adalah sangat lucu dan tidak berpijak kepada realiti yang sebenarnya. (link)

Najib sepatutnya merujuk kepada orang yang ‘alim dan faqih berkenaan dengan ilmu dan hukum hakam Agama Islam sebelum membuat kenyataan yang sembrono yang menampakkan kecetekan dan kejahilan beliau terhadap Ilmu Islam. Nampaknya selama ini Najib dikelilingi oleh ‘ulama bisu dan ampu’ yang hanya ‘yes sir’terhadap segala tindakan beliau walaupun bercanggah dengan syariat. Bagaimana Najib boleh menyatakan beliau mengurus tadbir negara secara Islamik sedangkan perundangan dan perlembagaan negara bukan berdasarkan Al Quran dan masih mengekalkan perlembagaan penjajah.


Adakah dengan menzalimi hak negeri Pakatan Rakyat boleh dianggap sebagai pemerintahan yang berpaksikan semangat berteraskan kepada agama? Adakah melaksanakan undang-undang yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti ISA, OSA dan sebagainya dituntut oleh Islam? Adakah tindakan ‘menangkap dan menggari’ orang yang mendedahkan penyelewengan dan salah laku pemimpin-pemimpin yang korup termasuk di dalam kategori orang yang memperjuangkan Al Quran di dalam pengurusan tadbir Negara atau adakah orang yang masih gagal untuk mendidik ahli keluarga mereka untuk menutup aurat dan menjaga akhlak mereka boleh dikatakan sebagai menjunjung Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.?

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan Najib hanyalah cubaan untuk mempergunakaan isu agama bagi menarik kembali simpati rakyat khususnya pengundi Melayu Islam bagi menyokong Umno dan Barisan Nasional setelah cubaan menyogok dengan isu pembangunan, isu ‘durian runtuh’ serta pelbagai isu lagi masih tidak dapat menepati sokongan yang diperlukan oleh mereka bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup yakin permainan Najib untuk menggunakan isu agama ini akan memberi impak yang buruk terhadap sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional. Rakyat kini sedang menunggu tarikh pilihanraya umum ke 13 untuk mempastikan kejatuhan Umno dan Barisan Nasional daripada tampuk pemerintahan negara dan menggantikannya dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan supaya Najib menarik balik kenyataan beliau sebelum ini kerana ianya amat mengelirukan dan boleh menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di dalam negara ini.

MOHD SANY BIN HAMZAN
KETUA PENGARAH
JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.