Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SB dalam parti

0
0
  
Print Friendly
Oleh: MSK

Isu minit mesyuarat PKR Peang yang bocor dah pun selesai. Jadi, boleh la aku komen sikit-sikit bila dah seelsai…sebab kalau aku tulis bila isu tersebut belum selesai, nanti ada pulak orang kata aku saja nak bagi jatuh PR.

Dalam politik ni lain macam sikit..bila kita cerita yang betul, orang kata kita nak jatuhkan kawan. Kalau kita bodek dan ampu, kita la pejuang. Lepas ni, mungkin Chot (Mansor Othman) boleh tanya balik kat dirinya sendiri..siapa kawan, siapa lawan. Hari ini hang penaya kawan, esok orang penaya hang balik.

Apa yang didedahkan bukanlah minit mesyuarat, tapi transkrip daripada perbincangan yang dirakam. Siapa yang merakam perbualan semua yang hadir? Mesti orang dalam jugak.

Ada tiga isu yang berkaitan dengan transkrip mesyuarat ini yang aku nak sentuh.

1. Kredibiliti politikus.
 Aku pernah bertanya kepada sorang rakan, “how to find a good politician?”. Jawapan dia cukup menarik. “What he says in private, he should be able to say it in public.”

Kebanyakan orang politik ni hipokrit. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Dengan Umno tak payah cakap….orang Pakatan semua dah tau. Hari ni cakap lain, esok cakap lain. Depan kita cakap lain, belakang kita cakap lain. Bila kantoi, dia ubah tune.

Dalam Pakatan pun serupa. Tak payah nak tuding jari kat PKR, PAS atau DAP. Semua serupa saja. Yang berbeza ialah beberapa individu dalam parti tersebut. Itu sebab aku lebih suka sokong individu..bukan parti. Aku akan sokong seseorang itu, tak kira dia dari PAS, PKR atau DAP. Tapi bila aku sokong dia, tak bermakna aku sokong parti dia.

Dalam transkrip mesyuarat PKR itu, apa yang menyebabkan aku meluat bukan pasal Mansor kata LGE “tokong”. LGE dan orang DAP tak perlu marah sebab aku pun biasa masuk mesyuarat DAP. Aku juga masuk mesyuarat PAS.

Semua serupa saja. Bila aku masuk mesyuarat DAP, ayat yang paling biasa aku dengar ialah orang PKR dah anggap Anwar macam Nabi. Anwar utusan Tuhan.

Dalam PAS pun macam tu. Cuba hangpa kata yang bukan-bukan pasai Nik Aziz!! Kalau nak naya buat la. Sebab orang PAS menganggap Nik Aziz dah macam wali.

So, sama ada”tokong”, “Utusan Tuhan” atau “wali”… semua serupa saja. Idolisasi wujud dalam semua parti. Ia stu kredit..bukan diskredit.

Apa yang orang meluat ialah sikap politikus dalam PR macam dibawah ini.
“Kita menang putra jaya..ada thousands of jobs.. i tak payah la…i nak jadi duta china ok la..hahahaha
 
Duta saje berapa ratus..nak isi untuk siapa kalau bukan org mcam kita..agencies in govt..beratus…

U want to put BN guys ka..penang port..risda, felda..felcra

Thousands of them..and gaji more than YB..so why nak jadi setakat YB..

If u win putrajaya, duta.. foreign affairs beratus jobs for us…

U think u want to retain umno guy …no way…

Senator?


Makan angin sahaja kita..tak pikir masalah banjir…

These are the things ..putrajaya can open flood gates for us…”

Sekarang hangpa dah boleh paham..pasai apa yang berebut nak jadi calon. Pasai apa yang berebut nak pegang jawatan dalam parti. Adakah sikap ini yang ditanamkan dalam parti?

Tak payah kata kata PKR. dalam PAS pun melambak. Belum menang dah cakap pasai balak.  Dalam DAP pun banyak..belum menang dah cakap pasai kontrek. Malah dah ada yang siap daftar syarikat dua ringgit. dah menang nanti, kontrek buat baju ADUN pun dia sapu.
2. SB dalam parti. 

Tahun 92-93, aku pernah buat kerja ni. SB wujud dalam parti sebab ramai orang parti yang bangang.

Dalam pemikiran rang parti..tak kira PAs, PKR atau DAP..bila seseorang itu selalu mengkritik, suka bercakap tentang kelemahan sendiri…yang tu dah dianggap SB..ejen Umno. Tu pasai depa senang kena tipu.

SB dalam parti ni kerja dia mengampu. Aku sebut pasai dulu aku buat macam tu.

Masa aku jadi SB untuk Gerakan di Penang, kerja aku ialah mendapatkan maklumat dari PAS dan semangat 46. Tak susah!! Bila ada orang PAs mintak derma untuk buat program..aku sentiasa bagi..sebab aku ada bajet. Sekali mintak, bagi RM50.00. Bila kita bagi, lain kali depa mesti datang lagi!!. Lepas tu bagi RM100.00. Lepas tu bagi RM200.00. Cukup la.

Lepas bagi dua tiga kali..depa dah anggap kita ni orang depa. Ada la orang mai huloq borang dan kita pun sain ahli seumur hidup. Aku gerenti..lepas tu toksah kata maklumat tentang program..silap-silap boleh jadi AJK. dah masuk parti, jangan melawan. Wala’ saja..

Masa PRU 2008, aku letak ajwatan di PKR Padang Rengas dan masuk PKR Kuala Kangsar. Masa kempen, kita dok buat macam-macam kerja..sapa pun tak bising aku ni ejen Umno ka..SB ka. Tapi bila PR menang di Perak, masa tu baru nampak masing-masing berebut jawatan. Sampaikan jawatan Ketua Kampung pun nak berebut.

Bila buka permohonan untuk jawatan untuk Ahli Majlis, masa tu mula main kotor. Oleh kerana depa takut aku pun dapat, mula lah timbul isu SB. Tiba-tiba saja begitu ramai SB dalam parti.

Aku letak jawatan dalam parti dan aku bagi tau kat Ketua Cabang..”bahaya kalau SB pegang jawatan dalam parti.”

SB memang wujud dalam mana-mana parti. Nanti aku cerita tentang modus operandi macam mana SB bergerak dalam parti. But as rule of thumb, your biggest enemy is your best friend.

Sekarang ni pun, kerja sebagai blogger ni pun dah jadi macam SB. Sebab apa yang diperlukan oleh SB sama macam aku. Aku perlukan maklumat untuk melariskan blog. And I can tell you, jadi blogger boleh dapat info lebih baik dari SB. Masa dalam parti dulu, aku marah bila orang panggil aku SB sebab aku tak buat benda tu. Tapi sekarang aku marah orang panggil aku SB sebab menjatuhkan martabat aku.
3. Tikam belakang.

Ramai yang didalam DAP dan PAS marah dengan kebocoran isu ini. Apa yang depa nampak ialah sikap orang PKR terhadap DAP. Pada aku, semua serupa saja.

Dalam DAP, orangorang DAP selalu kutuk PKR. Satu isu yang paling biasa aku dengar ialah tentang duit. DAP parti banyak duit. Setiap malam ada fundraising dinner. Satu-satu cawangan DAP mesti ada paling kurang RM20 ribu.

PKR pulak merupakan parti yang paling sengkek. Bila nak buat program, depa mesti cari DAP mintak derma. Ini berlaku terutamanya dikawasan luarbandar dimana DAP ada cawangan tapi tak bertanding.

PAS pulak sentiasa memandang rendah kepada PKR. Sebabnya, PKR ni parti pada nama saja. ahli entah kemana, jentera pun setengah mati. Bila nak buat program, masih bergantung kepada PAS.  Lepas tu, nak mintak kerusi banyak-banyak.

Nak tau maca mana perasaan orang PKR terhadap apa yang dilakukan oleh PAS? Hangpa pi Terengganu.

Kalau rasa jauh, tak payah pi Terengganu. Kat Perak ni pun ada. Sampai sekarang masih lagi bermusuh..sabotaj-mensabotaj pasai kerusi.

Takat ni, sapa yang bahaya dalam usaha untuk menjatuhkan Umno? Matsamankati ka..atau orang parti sendiri? Dalam Pas dah ada Nasha. Seteruk-teruk Matsamankati aku tak suruh hangpa keluar parti tapi sebagus-bagus Nasha, dia suruh Pas keluar Pakatan.

Seteruk-teruk Matsamankati, paling tinggi pun aku dikatakan lari dari perjuangan sebba keluar parti. tapi sebagus-bagus Timbalan Ketua Menteri P. Pinang merangkap Naib Presiden PKR.. dia boleh kata..”I dapat jadi duta ke Cina pun ok la..gaji ribu-ribu…makan angin saja. Tak perlu pikir pasal banjir..tak perlu pikir pasai kesusahan rakyat.”
Orang macam ni hangpa kata pemimpin?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.