Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, August 26, 2012

Daniyar Nazarbayev bersama Najib kerumah terbuka Mahathir.. dah berapa lama dia sembunyi di Malaysia agaknya?


Daniyar Nazarbayev , Bakal Menantu Najib dilaporkan telah menghilangkan diri setelah penipuannya didedahkan oleh The New York Times.

11 June lalu The New York Post melaporkan satu dokumen mahkamah yang telah difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen tersebut yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan keluarga bakal menantu Najib itu mengatakan “Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas,” sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Penipuan itu terbongkar bila beberapa keping gambar yang disiarkan oleh Malaysia Today menunjukkan bakal menantu Najib itu berada di Kolej Tentera Darat (KTD), Ulu Tiram, Johor. . sila baca di ( SINI )

Dalam hal menerima latihan ini satu persoalan yang lain pula timbul kerana bakal menantu Najib itu mengenakan celoreng Angkatan Tentera Malaysia.

Sedangkan pada kebiasaannya pegawai tentera dari luar negara yang menerima latihan di negara ini tidak akan mengenakan celoreng ATM tetapi mereka akan memakai pakaian tentera negara mereka..

Adakah bakal menantu Najib ini telah menjadi rakyat Malaysia?.. hanya Rosmah dan Najib yang tahu..

Dan Daniyar Nazarbayev turut kelihatan bersama Najib kerumah terbuka Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  di kediamannya semalam..
Mukhriz Mahathir bersalaman dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Rumah Terbuka di kediamannya semalam

Dari kiri : Ashman Najib, Nooryana Najwa dan tunangnya Daniyar Nazarbayev yang turut hadir ke Majlis Rumah Terbuka semalam.

Berapa lamakah beliau telah bersembunyi di Malaysia sebenarnya dan disembunyikan oleh siapa?

Takkan lah dia terbang dari Kazakhstan ke Malaysia hanya untuk bersama tunangnya berhari raya kot?


Sumber gambar : Pulakdah
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.