Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Talam: Teresa dakwa MCA sengaja cipta kontroversi


20 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Teresa Kok menafikan dakwaan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong yang kononnya anak syarikat kerajaan negeri dipaksa menjadi ‘pak sanggup’ untuk melunaskan hutang Talam Corporation Berhad (Talam).

Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas, Teresa yang juga Exco Selangor turut menganggap Tee Yong sengaja mencipta kontroversi untuk meraih publisiti murahan.

Beliau berkata, tanah seluas 160 hektar di Bukit Ulu Yam itu diberikan Kerajaan Umno-BN terdahulu kepada Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) untuk diusahakan bersama Talam.

Namun katanya, disebabkan tanah itu terletak di lereng bukit, maka kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang pembangunan di kawasan itu dan mengarahkan ia diserahkan semula kepada KHSB.

“Di sini jelas membuktikan bahawa Tee Yong sengaja memutarbelitkan fakta dengan memberi penerangan mengelirukan. Tanah itu dipulangkan kepada KHSB tanpa membabitkan sebarang arahan pembelian tanah daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) didakwa diarah oleh Kerajaan Selangor mengambil alih tanah milik Talam seluas 160 hektar di Bukit Ulu Yam, dengan harga RM18 juta walaupun ia mempunyai kecerunan kelas tiga dan empat iaitu melebihi 35 darjah.

Tee Yong mendakwa kononnya KHSB diarah membeli tanah tersebut walaupun pada 3 Mei 2010 syarikat terbabit sudah menolak ‘cadangan’ Kerajaan Selangor kerana hasil penilaian mendapati 55 peratus tanah berkenaan tidak boleh dibangunkan.

Dakwanya lagi, harga yang ditawarkan kepada KHSB juga RM5.3 juta lebih mahal berbanding harga pasaran iaitu RM12.7 juta.

Dalam pada itu, Teresa turut mempersoalkan kegagalan Tee Yong untuk menghadiri taklimat berhubung isu penyelesaian hutang Talam yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selasa lalu.

Berbanding mendengar penjelasan, Teresa berkata Tee Yong lebih memilih untuk membuat analisa sendiri dengan mendedahkan lebih banyak ‘kontroversi’ berhubung Talam.

“Adakah Tee Yong sudah menjadi penganalisa berdaftar sekarang? Beliau tidak mahu berdebat bersama Tony Pua mahupun menghadiri taklimat Talam walaupun sudah dijemput. Adakah Tee Yong takut untuk mengetahui kebenaran sebenar?” soalnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.