Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
 
 WHY ! WHY ! PENDATANG BOLEH JADI WARGA NEGARA !



KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pendatang tanpa izin (PTI) yang sudah lama menetap di negeri Sabah layak menjadi warganegara sebagai sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, alasan yang mengatakan bahawa mereka (PTI) sudah lama di sini dan mereka boleh dijadikan sebagai warganegara ini perlu berlandaskan undang-undang.

“Banyak yang kita tahu bahawa satu daripada sebab wujudnya RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) ini ialah kerana ada tindakan-tindakan yang di luar undang-undang dan ini yang menyebabkan ada antara pendatang asing menjadi warganegara dan pengundi dan terdaftar di dalam buku daftar. Inilah isu-isunya dan bukan kerana mereka dikatakan sudah lama di sini.

Menurut Pairin, PTI tidak ada hak untuk menuntut hak kewarganegaraan kerana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.

“Orang-orang yang ada dokumen, yang ada pas kerja dan yang datang secara sah ini, bila mereka sudah lama di sini (Malaysia), itu ada asasnya mereka boleh memohon sebagai warganegara.

“Tetapi untuk PTI, mereka ini tiada dokumen dan tiada hak untuk menuntut sebagai warganegara kerana tiada asas. Mereka perlu diputihkan terlebih dahulu dan itu sebanya ada program pemutihan.

“Tapi kalau bulat-bulat mengatakan PTI setelah dia berada di sini sekian lama boleh dijadikan warganegara itu bertentangan dengan undang-undang kita.,” katanya kepada pemberita selepas menyumbangkan 500 paket kuih raya kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kepayan.
Pairin berkata, pemimpin veteran itu tidak perlu lagi bercakap pasal perkara itu kerana sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.

“Dalam 22 tahun beliau memerintah, usaha untuk membanteras memang tidak mencukupi. Kalau kita mahu mengatakan benar-benar, persepsi rakyat di negeri Sabah ini ialah bahawa beliau tidak mahu menutup jalan orang-orang yang tiada dokumen ini masuk ke negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir, yang antara lain mempertahankan peningkatan bilangan pendatang di Sabah dan golongan itu layak diterima sebagai warganegara kerana telah berdekad tinggal di Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

***********

Nota Karmic : Tidak sukar untuk meneka sebab musabab Che Det untuk mewajarkan pemberian kewarganegaraan kepada PATI kerana sebarang usaha untuk menyokong RCI dari beliau adalah umpama menepuk air didalam dulang. 

Che Det adalah orang yang dikatakan menjadi perintis kepada terbukanya pintu kepada PATI secara besar besaran sejak awal 1990an, so mana mungkin beliau bersetuju dengan segala cadangan untuk menyekat pemberian kewarganegaraan kepada PATI sebagaimana yang beliau ungkapkan dalam tulisan terbarunya.

Dengan ini, secara tidak langsung, pekung yang cuba ditutup oleh Che Det telah terbuka dengan sendirinya oleh  Pairin yang juga pemimpin sebuah parti komponen BN. 
Maka, isu warganegara ekspress ini memang benar dan bukan propaganda pihak lawan sebagaimana yang sering dilabelkan oleh BN sebagai isu politik semata mata.

So, sudah sepatutnya Pairin Kitingan sedar bahawa BN bukan sebuah organisasi yang boleh mengatasi isu yang semakin membarah ini. 
Beliau sendiri akui, selama 22 tahun memerintah Sabah, para pemimpin senior sebenarnya sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.

Sebabnya mudah, mereka mereka itulah yang dikerah kesana sini untuk dijadikan bidak bidak catur bagi memenangkan BN dalam setiap kali pilihanraya. 
Satu percaturan yang amat bangsat kerana rela memperjudikan masa depan Malaysia dengan mengimport PATI semata mata untuk kelangsungan kuasa.

Wahai Rakyat Negeri Sabah .. Ini Kali Lah ~!!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.