Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

12 JANUARY

07 January 2013

HKR 112 AKAN PANAS !!! : TANDA-TANDA AWAL SUDAH ADA


Polis meminta para wartawan media yang akan menjalankan tugas pada HKR Sabtu ini  supaya memakai tag khas yang diberi oleh Polis bagi memudahkan mereka dikenali. Apakah ini tanda-tanda HKR kali ini akan panas sebagaimana Bersih 3.0

Apakah Polis akan mengganas bagaikan orang yang dirasuk terhadap rakyat pada kali ini. 

Menurut seorang Pegawai Polis (yang dipetik dari portal Malaysiakini),  tindakan Polis memberikan tag istimewa bagi mengelakkan peristiwa seperti semasa Himpunan Bersih 3.0 berulang di mana ramai wartawan dibelasah dan dikasari oleh Polis.

Malangnya walaupun pelbagai bukti dalam bentuk video, gambar dan saksi dikemukakan kepada pihak berwajib sehingga kini tidak ada seorang pun anggota Polis yang dihadapkan ke mahkamah walaupun peristiwa itu telah berlangsung 8 bulan lalu.

Sehingga  kini walaupun AJK HKR telah memohon untuk menggunakan Stadium Merdeka sebagai venue HKR, namun tiada jawapan diterima.
 
Semalam Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil yang mengetuai delegasi ke pejabat pengurusan tersebut di Kuala Lumpur berkata Pakatan cuba mendapatkan kebenaran tersebut sejak dua minggu lalu namun tidak berjaya.

Katanya, sekretariat himpunan berkenaan mengutus surat kepada Tabung Amanah Warisan Merdeka pada 26 Disember tahun lalu untuk menggunakan stadium berkenaan, selain membuat panggilan telefon.

Delegasi berkenaan hadir ke pejabat berkenaan hari ini memandangkan mereka tidak mendapat apa-apa jawapan daripada permohonan tersebut.

Bagaimanapun, ketibaan mereka disambut pengawal keselamatan yang menghalang mereka daripada bertemu pengurusan berkenaan yang didakwa "sedang bermesyuarat".

Kecewa selepas menunggu lebih sejam, setiausaha AMK Julailey Jemadi kemudiannya memberitahu pemberita bahaw beliau kecewa dengan pengurusan berkenaan.

"Menyedihkan kerana layanan mereka tidak mencerminkan budaya Malaysia," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.