Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


14 January 2013

Najib: 'Terima kasih kepada pembangkang'

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung yang berlangsung secara aman anjuran Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Merdeka Sabtu lepas menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Malah beliau berkata ia membuktikan kemampuan semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan dan semangat akta itu.


"Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan reform kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali.

"Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat Akta itu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan transformasi perundangan berhubung dengan keselamatan dan hak asasi di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan sentiasa komited untuk melahirkan persekitaran undang-undang yang lebih menyokong hak asasi manusia dengan memansuh undang-undang yang menimbulkan polemik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 serta meminda Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Beliau berkata usaha itu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam mengambil berat tentang kepentingan dan hak rakyat, sentiasa terbuka menerima setiap cadangan dan saranan demi menjadikan sebuah masyarakat yang lebih progresif.

"Kerajaan juga sedar bahawa undang-undang tentang kebebasan awam dan keselamatan negara perlu disesuaikan dengan proses dan amalan demokrasi yang bukan sahaja selaras dengan norma antarabangsa tetapi juga bertunjangkan sistem budaya nilai dan norma kita.

"Pengenalan undang-undang baharu dan penambahbaikan undang-undang sedia ada lebih mencerminkan kehendak kita untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan negara yang matang, lebih progresif dan lebih terbuka. Itulah objektif yang kita akan sama-sama usahakan untuk mencapainya," katanya.

Selain menggubal Akta Perhimpunan Aman 2012, kerajaan mengumumkan untuk mengkaji sepenuhnya Akta Hasutan 1948 bagi diganti dengan Akta Keharmonian Nasional bertujuan mewujudkan mekanisma untuk mempertahan kebebasan bersuara rakyat di samping terus memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Perdana menteri menegaskan tindakan kerajaan meminda, memansuh dan menukar undang-undang adalah tidak berdasarkan keuntungan politik sebaliknya kerajaan melakukannya setelah menyelami aspirasi rakyat.

Beliau berkata dalam usaha memastikan negara bebas daripada huru-hara dan kekacauan, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin, ahli perundangan dan masyarakat madani untuk sentiasa memastikan hak dan kebebasan rakyat dilindungi.

"Kami melakukan perkara ini kerana kami yakin dan percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan," katanya.

Persidangan tiga hari bermula hari ini anjuran Jabatan Peguam Negara Malaysia, Razak School of Goverment (RSOG) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia itu bertujuan memberi penjelasan lanjut mengenai transformasi beberapa bahagian undang-undang yang sedang dilakukan khususnya berhubung keselamatan
serta hak dan kebebasan asasi.

Antara pembentang kertas kerja ialah peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tokoh sejarah negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Pengarah Pusat Pengajian Undang-Undang Asasi Falkulti Undang-undang Universiti Nasional Singapura Andrew James Harding- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.