Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 14 Januari 2013

Macan orang tak tahu kelaku BN - Penaik 60sen lepas tu Umum turun 40sen..

* Baca sampai habis...



Tol l'raya Kesas turun antara 10 sen dan 40 sen


Kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) diturunkan antara 10 sen dan 40 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor hari ini.

Kadar tol untuk Kelas 1 iaitu bagi kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2.

Bagi kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3), Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50).


"Sebanyak 298,000 pengguna lebuh raya (kadar sehari) ini akan menikmati kadar penurunan itu dan ia tidak akan naik sehingga tahun 2016," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan pusingan U bertingkat di KM 37.5 Lebuhraya Kesas di Petaling Jaya hari ini.

Lebuhraya Kesas sepanjang 34.5 km adalah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Sri Petaling di Kuala Lumpur dan Pandamaran di Klang.

Shaziman berkata penurunan yang merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula kadar tol Lebuhraya Kesas kendalian Kesas Sdn Bhd itu akan memberi kesan positif kepada penduduk di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan kawasan sekitar.

Beliau berkata kadar tol Lebuhraya Kesas sepatutnya naik sehingga RM3 (bagi kenderaan Kelas 1) pada Januari 2012 tetapi atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, perkara itu tidak dilaksana kerana kenaikan itu akan menjejaskan kehidupan rakyat biasa.

"...kerana kenaikan sehingga RM3 itu ditangguh, kerajaan terpaksa membayar RM86 juta kepada syarikat konsesi iaitu 80 sen untuk setiap kenderaan pada tahun 2012," katanya.

Beliau berkata sejak Najib menerajui kepimpinan negara, beberapa lebuh raya menstruktur semula kadar tol, antaranya Projek Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Cheras-Kajang yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Grand Saga manakaka plaza tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) di tutup terus.

"Kerajaan akan terus berbincang dan menyakinkan syarikat konsensi mana-mana lebuh raya untuk menstruktur semula kadar tol mereka selepas kajian mengenai tambahan trafik sesebuah lebuh raya itu dibuat," katanya.

Sementara itu, Shaziman meminta syarikat konsesi Lebuhraya Kesas menyiapkan pembinaan pusingan U bertingkat di kawasan USJ Summit lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan iaitu Mac 2014 bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

"Projek pusingan U bertingkat itu dibuat untuk melegakan kesesakan lebuh raya yang kini mencecah sehingga 9,500 kenderaan satu jam pada waktu puncak.

Atas dasar keprihatinan kerajaan, kami mengeluarkan peruntukan RM25 juta untuk projek itu pada Oktober 2011," katanya.

- Bernama
Kadar baru tol Kesas mulai Ahad
KUALA LUMPUR 4 April - Kadar tol baru Lebuh raya Shah Alam (Kesas) yang akan berkuatkuasa Ahad ini naik antara 20 sen dan 60 sen bagi pelbagai jenis kenderaan.
 
Bagi kenderaan biasa (Kelas 1), kenaikannya 30 sen menjadi RM1.50 yang menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri S.Samy Vellu, 10 sen lebih rendah berbanding kadar yang diumumkan kerajaan awal tahun ini.
 
Kadar baru itu dibuat selepas jemaah menteri pada 27 Februari lepas bersetuju menyusun semula kadar dan struktur tol lebuh raya berkenaan, katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
 
Beliau berkata mengikut kadar baru itu kenderaan kelas kedua (kenderaan dua gandar dengan lima atau enam roda, kecuali bas) naik kepada RM2.30 (kenaikan 50 sen), manakala kenderaan tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM3 (kenaikan 60 sen), teksi 80 sen (kenaikan 20 sen) dan bas RM1.10 (kenaikan 20 sen).
 
"Di bawah struktur tol baru itu, bilangan kenaikan tol dikurangkan daripada 12 kali seperti dalam perjanjian konsesi, kepada lima kali. Kekerapan kenaikannya adalah setiap lima tahun, iaitu pada tahun 2002, 2007, 2012 dan 2017 berbanding mengikut perjanjian konsesi setiap dua tahun.
"Tiada kenaikan tol dikenakan pada tahun 2001," katanya
 
Menurut Samy Vellu, dengan penyusunan semula itu Kesas akan mengalami kekurangan hasil kutipan tol sebanyak RM985.1 juta, bersamaan nilai semasa tahun 2001 sebanyak RM364 juta.
 
"Bagi menampung kekurangan ini, kerajaan akan membayar pampasan kepada Kesas sebanyak RM150 juta dengan tiga kali bayaran pada tahun 2002, 2003 dan 2004 dan baki pampasan sebanyak RM214.6 juta diselesaikan dengan pemberian lanjutan tempoh konsesi selama satu tahun mulai Ogos 2022 hingga Ogos 2023," katanya.
 
Samy Vellu berkata bayaran pampasan RM150 juta tunai merupakan pengurangan sebanyak RM49.9 juta iaitu sebanyak 25 peratus kerana dengan pemberian tempoh lanjutan satu tahun dan bukannya setahun empat bulan mengikut syarat konsesi asal, kadar pampasan yang seharusnya dibayar adalah sebanyak RM199.9 juta.
 
Beliau berkata struktur baru itu adalah paling munasabah kerana bilangan kenaikan tol dikurangkan.
Katanya bayaran pampasan secara ansuran pada tahun 2002, 2003 dan 2004 telah dipersetujui oleh syarikat dan dapat membantu bebanan kewangan kerajaan berbanding bayaran secara sekaligus dan walaupun berlaku pengurangan tol, syarikat masih berdaya maju. - Bernama
 
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.