Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADEH KL KEBANGKITAN RAKYAT

HRK Perhimpunan Haram? Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Jabatan Kebajikan Malaysia

Ibu bapa bawa anak serta himpunan esok boleh dihukum

KUALA LUMPUR - Ibu bapa yang membawa anak menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjur pembangkang esok boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia, Datuk Noraini Mohd Hashim berkata, ibu bapa atau penjaga dinasihat tidak melibatkan anak-anak di bawah jagaan mereka dalam aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan seperti menyertai perhimpunan haram.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab akan melindungi dan tidak membahayakan nyawa serta keselamatan kanak-kanak supaya kesejahteraan mereka terjamin. - Bernama

Ulasan GB

Kenyataan di atas AMAT tidak bertanggungjawab kerana sudah jelas ia menyatakan perhimpunan HKR 112 sebagai perhimpunan haram sedangkan polis dan pihak pengurusan stadium sendiri SUDAH membenarkan perhimpunan itu diadakan - bererti ia BUKAN perhimpunan haram.

Tindakan boleh dan perlu diambil ke atas Ketua Pengarah Jabatan Kejikan Malaysia tersebut dan agensi berita yang melaporkannya iaitu BERNAMA kerana dengan TERANG DAN JELAS cuba menimbulkan persepsi negatif dan provokasi sesuatu aktiviti yang telah dibenarkan oleh pihak berkuasa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.