Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARAB BADUWI LA KATAKAN

Pas: Pak Lah tidak faham peranan Majlis Syura
NIZAM ZAIN
20 Januari 2013
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas mempertahankan keputusan Majlis Syura berhubung isu kalimah ALLAH Ahad lalu sambil menyangkal tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa badan tertinggi Pas itu bermain helah politik.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  tuduhan Abdullah terhadap badan ulama itu tidak wajar dilakukan sebelum memahami peranannya dalam Pas.


"Bekas PM tidak memahami kedudukan Majlis Syura dalam Pas. Majlis Syura bukan badan politik. Ia merupakan badan yang memandu parti dalam perkara dasar yang memerlukan pandangan syarak," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.


Beliau menegaskan, keputusan disepakati oleh sekumpulan ulama dalam majlis itu bebas daripada pengaruh politik kepartian, sebaliknya pandangan mereka dibuat berdasarkan hukum syarak yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis.


Sebaliknya jelas beliau, beban isu kalimah ALLAH sepatutnya dipikul oleh Kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai kuasa memerintah, bukannya pembangkang ataupun badan bukan kerajaan (NGO).


Tambah beliau, Pas telah menganggap kontroversi penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut selain agama Islam telah dianggap 'selesai' selepas Majlis Syura mengeluarkan kenyataan rasminya pada 13 Januari lalu.


Jumaat lalu, Abdullah menyifatkan keputusan Majlis Syura berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu sebagai helah politik.


Dalam kenyataan itu, Abdullah menuduh Pas terpaksa mengikut telunjuk PKR dan DAP semata-mata demi menjaga keharmonian Pakatan Rakyat dan khuatir jika terus bertegas dengan pendirian Majlis Syura Pas, dikhuatiri akan kehilangan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.