Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAGUSSS TU YOB OIII ! SELAMAT DATANG ! ADA BERANI ?

INI CARA UMNO NAK BAGI GAGAL APABILA RAMAI YANG NAK TURUT SERTA MAJLIS HADI KAT TV 1 JAM, NI SEMUA TEKTIK NAK KASI GAGAL LAAAA ! Pak Karamu

Amanat Hadi: BN mahu wakil kerajaan turut serta

NOR ATIEYAH YUSOFF 2 Januari 2013

Tajuddin Abdul Rahman 
  Datuk Tajuddin Abdul Rahman
 

SHAH ALAM – Selain tokoh agama, Barisan Nasional (BN) mencadangkan agar wakil kerajaan terdiri daripada ahli politik turut serta dalam program satu jam, penjelasan isu Amanat Haji Hadi, melalui siaran langsung nanti.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, cadangan tersebut dikemukakan supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak 'menghentam' kerajaan dan BN secara terbuka.


Beliau khuatir Abdul Hadi menggunakan peluang yang diberikan sebagai platform untuk memburuk-burukkan pihak lawan dan memutarbelitkan fakta.


“Bagaimanapun, kesediaan RTM dan TV3 memberi peluang tersebut kepada Hadi adalah bukti bahawa kerajaan bersikap terbuka terhadap pembangkang.


“Namun, saya risau jika peluang ini disalah gunakan oleh Hadi atas kepentingan politik dan parti, bukan untuk menjelaskan atau menarik balik amanat tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Menurut Tajuddin, jalan terbaik untuk mengatasi masalah itu ialah dengan penyertaan ahli politik BN, yang mempunyai kepakaran dalam hukum-hakam agama supaya lebih adil.

Beliau berkata, dengan adanya wakil kerajaan, panel tersebut dapat memberi teguran, nasihat atau penjelasan mengenai amanat itu.


“Tokoh agama, ulama atau mufti tidak arif mengenai politik dan jika Hadi tersasar dari topik asal dengan tujuan politik, mereka pasti gagal untuk mengawal situasi ini.


“Bagi mengelakkan ia berlaku, kami berharap cadangan ini dapat diterima semua pihak,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Elok la jemput chua soi lek sekali..baru la meriah..kihkihkih

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.