Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUSUK KEPALA


Tuesday, January 15, 2013

BERFIKIRLAH SECARA WARAS... BUKAN GUNA KEPALA LUTUT... —

Cerdiklah sikit wahai PDRM! - diterbitkan oleh PBO™

 
Assalamualaikum,,..

HKR KL 112 mencacat sejarah. PDRM juga mencacat sejarah apabila menjadi bebal dengan syarat syarat perhimpunan yang tidak terfikir oleh orang orang yang waras akal fikirannya. 


Mana ada perhimpunan yang melarang membawa anak anak kecil dan dihadkan kepada jumlah tertentu. Apabila ada tanda tanda syarat syarat ini dilanggar maka berlarilah PDRM untuk mengambil tindakan.

Sesudah perhimpunan dibiarkan aman, tidak seperti ketika BERSIH dulu dijadikan rusuhan yang menjejaskan negara, tindakan mula diambil kerana kononnya penganjur melanggar syarat kelulusan, syarat kepala otak hang!Cerdiklah sikit wahai PDRM!

Paling tidak cerdik apabila PDRM mengabaikan perhimpunan di Semenyih yang cukup ketara bukan sahaja tidak ada kelulusan PDRM malah turut melanggar syarat yang diberikan kepada KL 112. 

Anak anak bawah umur kelihatan bukan sahaja dibawa ke perhimpunan itu malah turut mengibarkan bendera BN. 

Tetapi PDRM macam tak tahu pulak ada perhimpunan di Semenyih pada hari yang sama. 

Jangan jadi keldai bengong tak makan seminggu wahai PDRM!Kalau benar tindakan nak diambil kepada penganjur KL 112 kerana langgar syarat, maka sudah tentu tindakan yang sama mesti diambil kepada penganjur perhimpunan ala perjumpaan mangsa banjir kerana di sana lebih ramai anak anak bawah umur yang diusung siap dengan bendera BNnya.

Sekaligus, seruan dibuat kepada SPR dan SPRM untuk turut sama mengambil tindakan kerana ada unsur rasuah dalam perhimpunan Semenyih dan ada unsur yang jelas menggunakan kanak kanak bawah umur untuk berkempen! -- Ikatan Blogger Terengganu (IBT)



Pen Burok Online

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.