Di Facebook, NGO wanita ‘dengar, dengar, dengar’ menggelar Bawani ‘Ambiga kecil’
January 15, 2013
KUALA
LUMPUR, 15 Jan — Di ruangan siber, kerana kritikan pedas terhadap
presidennya, Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) menyerang kembali dengan
meletakkan pautan video di Facebook yang kini semakin popular di
Internet, menunjukkan Sharifah Zohra Jabeen menyerang seorang pelajar
universiti.
Kumpulan tersebut yang mendakwa sebuah badan bukan kerajaan, dengan
bangganya meletakkan video perdebatan antara presidennya dengan seorang
pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dikenali sebagai Bawani K.S.
yang digelar "Ambiga Kecil" dalam 'status' terbaru Facebook hari ini,
menyamakan dengan pengerusi bersama Bersih dan peguam terkemuka Datuk
Ambiga Sreenevasan.
"full vid Sharifah hentam little ambiga...............tgk mcmana
bavani lari......kikikiki [sic]," kata seorang "admin" di dalam Facebook
yang menggunakan nama samaran "Ratu Naga".
Sharifah (gambar), dilihat memakai butang berlogo
1Malaysia yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN),
menyerang Bawani dalam klip video selama 25 minit dalam sebuah forum
bulan lalu yang dimuatnaik dalam Youtube dan sebuah lagi laman sosial
media minggu lalu.
Sementara Sharifah mendiamkan diri sejak klip video itu tersebar,
SW1M berterusan menyerang secara agresif berkaitan episod video
tersebut.
Dalam "post" yang berlainan, seorang lagi "admin" SW1M yang dikenali
sebagai "Langsi" berkata tidak perlu memohon maaf kepada Bawani kerana
dia mengganggu ucapan dalam forum tersebut.
"THERE IS NO NEED FOR HER TO APOLOGIZE TO BAVANI -- AS BAVANI NEED TO
LEARN HOW TO RESPECT OTHER'S-- NGEH3 (Tidak perlu memohon maaf kepada
Bavani, Bavani perlu belajar menghormati orang lain)," kata Langsi dalam
"post" Facebooknya.
Seorang lagi "admin" yang menggunakan nama samaran "Mis Natrah" juga
menyebelahi presiden SW1M itu dan menconteng gambar Bawani, dengan
menuduh pelajar tersebut bercakap mengenai "cerita dongeng" dan tidak
menghormati Sharifah, "have gut's [sic]" to teach her a lesson (berani
dia nak mengajar orang).
Kumpulan yang mempertahankan presiden itu bagaimanapun dikritik
pengikut Facebook yang mengkritik penggunaan Bahasa Inggeris para
"admin" yang dikatakan lemah.
"Oh my!!! poor thing...you seriously need some intensive english
lessons!!!(Oh, anda perlu belajar Bahasa Inggeris dengan lebih
intensif)" kata seorang pengguna Facebook, Ashwin Johl.
"Whoahh..SW1M's powderful England,(Whoahh.. SW1M berterabur England)" kata seorang lagi yang dikenali sebagai Han Yang Toh.
Video itu bermula dengan pelajar universiti mengangkat sumpah dalam
bahasa Inggeris sebelum pelajar tersebut, Bawani berdiri di mikrofon di
auditorium yang penuh dengan orang ramai sebelum bercakap tentang
keputusan mahkamah mengenai Bersih tahun lalu dan bertanya mengapa
Malaysia gagal memberi pendidikan percuma seperti di beberapa negara
lain.
Sharifah yang menjadi pengerusi majlis dalam forum tersebut, mencelah
dan memberitahu kepada Bawani "Listen!(dengar!)" sebanyak 11 kali
sebelum merampas mikrofon daripada Bawani bagi menghalang beliau dari
bercakap lebih lama.
"Number one, when this is our programme, we allow you to
speak,(nombor satu, ini program kami, kami yang benarkan kamu untuk
bercakap," kata Sharifah Zohra Jabeen, dan kemudian menambah, "Number
two, when I speak, you listen.(nombor dua, bila saya bercakap, awak
dengar.)
Sharifah turut bertengkar dengan seorang lagi pelajar yang cuba untuk
bersuara, dan bercakap berkali-kali "Let me speak"(biar saya bercakap)
sebelum bertanya kepada orang ramai "Pelajar di dalam dewan, ada 2,300
pelajar. Did I give her respect? Did I give her respect? I came up to
her, shook hands with her and gave her respect as another woman. Do you
think I need to answer her question with this attitude?"(Adakah saya
berikan dia penghormatan? Adakah saya berikan dia penghormatan? Saya
datang kepadanya, bersalam dengannya dan menghormati dia seperti wanita
lain. Anda rasa saya patut jawab soalannya dengan perangai begini?)
Beliau melabelkan pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan
sebagai "anarkis", dan mengkritik pelajar tersebut apabila bercakap
tentang pendidikan percuma dalam negara, dan memberitahu, "if you equate
Malaysia to other countries, what are you doing in Malaysia?" "Go to
Cuba, go to Argentina, go to Libya, go everywhere.(Jika kamu
membandingkan Malaysia dengan negara lain, apa kamu buat di Malaysia?
Pergi ke Cuba, pergi ke Argentina, pergi ke Libya, pergi kemana-mana).
"Because all the students in this hall are happy with whatever the
government does for them,(Semua pelajar dalam dewan ini gembira dengan
apa kerajaan lakukan pada mereka," katanya lagi dengan berkata Bawani
mempunyai "a very least of (kurang) pendidikan".
Pelajar di universiti tempatan sejak akhir-akhir ini lantang bersuara
mengkritik kerajaan, lebih-lebih lagi selepas pentadbiran Najib
membenarkan pelajar untuk menyertai politik, dalam usaha menyokong
generasi muda yang menjadi pengundi terbesar dalam kumpulan demografi.
Tahun lalu, sekumpulan pelajar berdemonstrasi seluruh negara menuntut kebebasan dan pendidikan percuma di universiti.
0 orang berkata:
Post a Comment