Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

FAHAMAN SEKULAR MEMANG BEGITU


Thursday, January 10

PANAS: Artikel yang tak ingin Rais Yatim baca...

Amanat : Beratus jam diserang, Ustaz Hadi mahu 1 jam

KUALA LUMPUR: Apabila Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta diberi peluang membuat penjelasan hanya satu jam secara siaran langsung, setelah beratus-ratus jam diserang dan diputar-belit kenyataan beliau, Rais Yatim memberanikan diri dengan menyatakan boleh.

Demikian tulisan AJK PAS Pusat, Khalid Samad.
“Terkejut jugalah saya, maklumlah anggota kabinet ‘PM takut debat’, tiba-tiba jadi berani. Tengok-tengok keberaniannya hanyalah bersifat sementara, bagaikan ‘mirage di tengah-tengah padang pasir’ kerana beberapa hari kemudian dikatakan pula tidak boleh!” ujarnya.
Di bawah adalah tulisan penuh beliau.

UMNO nampak sangat kehabisan modal kerana terpaksa dikitar semula cerita lama dengan harapan kalau ada yang boleh menyengat. Maka ditimbulkan kembali soal ‘Amanat Hj. Hadi’ yang kononnya merupakan fatwa mengkafirkan ahli UMNO! Saya telah baca berulang kali, tetapi tidak pula jumpa ayat yang mengkafirkan ahli UMNO sempertimana yang telah digembar-gemburkan! Jangan-jangan ada yang terasa kot?!

Selepas itu apabila TGHH minta diberi peluang buat penjelasan, hanya satu jam secara siaran langsung, setelah beratus-ratus jam diserang dan diputar-belit kenyataan beliau, Rais Yatim memberanikan diri dengan menyatakan boleh. Terkejut jugalah saya, maklumlah anggota kabinet ‘PM takut debat’, tiba-tiba jadi berani. Tengok-tengok keberaniannya hanyalah bersifat sementara, bagaikan ‘mirage di tengah-tengah padang pasir’ kerana beberapa hari kemudian dikatakan pula tidak boleh!

Aduhai, nampak sangat UMNO/BN tidak tahu menahu bagaimana untuk menangani isu yang ditimbulkan sendiri! Kalau TGHH sudah dituduh dengan begitu hebat sekali, berilah beliau peluang bela diri, kalau jujur! Apa kata pujangga, ‘berani kerana benar’? Ini jelas takut kerana pembohong!

Sudah jelas bahawa peluang itu tidak akan diberi oleh kerajaan BN dan kalau sekiranya rakyat mahu mendengar penjelasan TGHH dan membenarkan beliau membela diri, hanya satu cara sahaja yang ada, iaitu tukar kerajaan BN dengan kerajaan PR. Sekira itu berlaku maka debat ilmiah berhubung semua isu akan diusahakan. Seperti isu Amanat Hj Hadi, Kalimah Allah, Altantuya, Deepak, Teo Beng Hock dan segala-galanya boleh diadakan. Pada ketika itu akan dibebaskan minda rakyat daripada dibelenggu, sepertimana selama ini, oleh propaganda UMNO/BN. Pada masa itu juga pimpinan UMNO/BN boleh bersemuka dengan pimpinan PR dalam debat secara siaran langsung dan segala yang ingin ditanya dan dinyatakan boleh dikemukakan untuk tujuan kebaikan bersama.

Pada ketika itu akan terserlah siapa yang bercakap benar dan siapa penipu. Ada berani?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.