Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HU HU HU KESIAN !

Kalimah ALLAH: Sultan Selangor kesal permintaan Guan Eng
Wartawan Sinar Harian
8 Januari 2013
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
 
KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut dan kesal dengan pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang lebih dua minggu lalu meminta agar kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Misri Idris berkata:

"Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah ALLAH yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010."

Mohd Misri berkata, berikutan dengan kenyataan dan gesaan tersebut, Sultan Selangor telah memanggil satu mesyuarat khas dengan beberapa orang ahli Mais, Mufti Selangor serta pegawai tertìnggi Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor kelmarin.

Kata Mohd Misri, Sultan Selangor juga menitahkan Mais dan Jais untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau di kalangan orang Islam sekali pun yang masih mempersoal atau memperlekehkan fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada di negeri itu.

Polemik penggunaan kalimah ALLAH timbul kembali apabila Guan Eng dalam perutusan Krismasnya pada 24 Disember lalu meminta kerajaan membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu memandangkan ia telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diguna pakai di Timur Tengah hampir 1,000 tahun lalu.

Menurut Mohd Misri, di Selangor terdapat undang-undang yang telah digubal oleh Dewan Undangan Negeri pada April 1988 dan dikuatkuasakan pada Julai 1988 berkaitan pengawalan penggunaan kalimah ALLAH iaitu Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Enakmen ini telah diwujudkan selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, Seksyen 9 enakmen berkenaan telah dengan jelas melarang kalimah ALLAH dari digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka.

Mohd Misri juga berkata Sultan Selangor juga menitahkan agar orang bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam bagi mengelakkan permusuhan dan salah faham di kalangan kaum negara ini.

"Selanjutnya DYMM Tuanku menitahkan bahawa mana-mana pihak adalah ditegah dan dilarang sama sekali dari menggunakan atau memperalatkan agam Islam sebagai modal politik mereka kerana ia akan mengakibatkan kemusnahan kepada keamanan yang dikecapi oleh rakyat pelbagai agama di negara ini," kata beliau.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.