Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ITU DIA PUNYA PASAI

Friday, January 11

GEMPAR: Pakai lunyai pulak la artis ni kena maki...

Pelakon Abu Bakar Omar hadir ceramah PKR

Pelakon filem dan drama Abu Bakar Omar dilihat hadir ke ceramah PKR di AU3 Wangsa Maju malam tadi.

Beliau ditemui Malaysiakini di gerai tomyam berhampiran tapak ceramah selepas ceramah tamat pada kira-kira jam 12 tengah malam.

Ditanya jika beliau sering menghadiri ceramah PKR, Abu Bakar dengan senyuman terukir di bibir menjelaskan beliau "sering hadir ke ceramah-ceramah politik".

Beliau yang tidak keberatan dirakam gambarnya menjelaskan rumahnya terletak di kawasan Keramat yang hampir dengan tapak ceramah malam tadi.

Beliau juga hanya ketawa kecil apabila ditanya rakan-rakan semeja tentang gilirannya untuk berceramah di pentas politik memandangkan golongan artis lain yang aktif berceramah kini 'ketagih' untuk terus berceramah.

Ditanya jika beliau akan turut sama menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat esok, Abu Bakar menjelaskan beliau terikat dengan komitmen kerja pada hari yang sama.

"Saya ada penggambaraan Sabtu ini (esok)," katanya ringkas.

Abu Bakar Omar telah membintangi banyak drama dan filem sejak tahun 1980-an.

Namanya melonjak naik selepas membintangi filem Tsu Feh Sofiah pada tahun 1981.

Generasi muda hari ini pula mengenali beliau menerusi filem Hingga Hujung Nyawa lakonan bersama Erra Fazira dan Yusry KRU pada tahun 2004.~ Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.