Selasa, 8 Januari 2013
Pakatan pecah tembok Johor tawan Putrajaya – Jui Meng
JOHOR BAHRU 8 Jan: Pakatan Rakyat (Pakatan) bakal gempur tembok Johor
untuk ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata
Pengerusi KEADILAN Negeri, Datuk Chua Jui Meng.
Menurutnya, satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) diadakan hujung minggu lalu untuk meneliti jentera pilihan raya bagi memenangi PRU 13.
Beliau percaya, KEADILAN boleh bantu kemenangan Pakatan menawan negeri kubu kuat Umno itu dan membentuk kerajaan Pusat.

Jui
Meng (duduk tengah) bersama (duduk dari kiri) Mohd Khuzzan, Tan Yen
Ming, Steven Choong, Dr Ahmad Faidhi, Hassan Karim, Syed Hamid Ali,
Saadon, Willham Siau dan pemimpin KEADILAN Johor ucap Selamat Tahun Baru
Cina kepada semua rakyat.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung merangkap Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Steven Choong berharap rakyat buat pilihan tepat untuk menentukan jaminan masa depan.
“Bagi rakyat Malaysia, ini kalilah pilihan raya yang tidak boleh diabaikan. Setiap undi akan menentukan masa depan kita dan generasi akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyeru para pengundi keluar awal pada hari mengundi untuk mengelakkan kecurangan pilihan raya.


0 orang berkata:
Post a Comment