Saturday, January 12, 2013
Terkini: Jangan pergi Perhimpunan Kebangkitan Rakyat tanpa maklumat ini.. !!
Jika anda ditangkap pihak berkuasa dalam Perhimpunan Kebangkitan Rakyat
esok, jangan panik, sebaliknya ambil maklumat berkaiatan nama anggota
polis, masa dan balai mana akan dibawa.
Kemudian, hantar pesanan ringkas kepada mana-mana peguam yang bertugas
pada HKR dengan menyatakan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan
dan balai mana ditahan.
Mana-mana rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa berhak mengetahui sebab-sebab tangkapan, membuat panggilan telefon kepada ahli keluarga dan peguam, selain berhak boleh berjumpa peguam.
Jika anda dinafikan hak untuk berjumpa peguam, orang ramai boleh
menggunakan hak berdiam diri mengikut Seksyen 112 (2) Kanun Acara
Jenayah dan hanya memberi maklumat berkaitan nama, alamat, nombor kad
pengenalan dan tidak menjawab selain dari itu.
Contohnya ialah menjawab dengan hanya berkata: “Saya akan jawab di
mahkamah” atau “Saya gunakan hak berdiam diri mengikut Seksyen 112 (2)
Kanun Keseksaan.”



0 orang berkata:
Post a Comment