Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LISTEN,LISTEN INI ORANG HINA ISLAM

Patrick Teoh dikecam hina Islam
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
16 Januari 2013
Patrick Teoh
Patrick Teoh dikecam hina Islam
 
SHAH ALAM - Laman sosial hari ini kecoh dengan kenyataan yang dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh.

Kenyataannya yang menyentuh soal sensitiviti agama Islam itu jelas mengundang kemarahan semua pihak termasuk selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.

Teoh pernah berlakon dalam filem Buli, BAIK Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah, The Red Kebaya dan Nasi Lemak 2.0.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman Faebook itu, Teoh menyentuh soal garis panduan '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013'yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Kedah.

Garis panduan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian.

Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.

Dalam kenyataan itu juga, Teoh menyentuh sembahyang lima waktu dan wanitanya yang menutup aurat.

Pagi tadi, kenyataan itu nyata turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

“Komen yang sangat kasar terhadap Islam. Patrick Teoh mungkin boleh mengkritik keputusan kerajaan Pas tanpa komen yang kesat terhadap Muslim. Tolong jangan tunduk kepada tahapnya,” tulis Khairy melalui laman mikro Twitternya yang berharap bukan Patrick Teoh menulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, Teoh menerusi laman Facebooknya telah meminta maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya itu.

“Sekarang saya sedar apa yang saya buat itu salah. Saya silap. Kenyataan saya betul0betul di luar batas. Saya minta maaf dengan ikhlas kepada semua orang Islam. Tetapi saya tidak minta maaf kerana menyebut orang itu... anda tahu maksud saya. Saya harap,” tulisnya.

Menerusi mesej Twitter kira-kira 12.30 tengah hari tadi, Teoh menulis, "2 (to) all Muslims, my sincere apologies for d (the) offending FB post. It's been deleted n (and) reasons are there for ur (your) scrutiny. Thank you for ur (your) patience. [Kepada umat Islam, saya minta maaf secara ikhlas atas mesej FB yang menyinggung perasaan. Ia sudah dikeluarkan dan sebab berkaitan (ada disertakan) untuk penilaian anda. Terima kasih atas kesabaran anda]."

Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal pula menulis, “tolong lupakan fahaman politik kita apabila Patrick Teoh mengutuk dan mengeji agama Islam kita. Tidak kira anda Umno atau Pas."

Beberapa artis lain seperti Tomok, Danny X-Factor dan Natasha Hudson turut mengecam tindakan itu melalui laman mikro Twitter masing-masing.

1 orang berkata:

Anonymous said...

I must thank you for the efforts you have put in penning this site.

I'm hoping to view the same high-grade blog posts from you in the future as well. In fact, your creative writing abilities has encouraged me to get my very own blog now ;)
Review my site perfumes baratos

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.