Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MATA ADA, TAPI MATA HATI ILEEEEEEK !


Khamis, 17 Januari 2013

Melayu Miskin: PAS seru rakyat Johor buka mata

KUALA LUMPUR: PAS mendesak satu suruhanjaya bebas ditubuhkan serta merta untuk menyiasat secara terperinci terhadap dakwaan daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengatakan Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, suruhanjaya itu harus dianggotai oleh beberapa badan bukan kerajaan, pimpinan politik, ahli ekonomi supaya dapat mencari apakah punca sebenar sebagaimana yang didakwa.

Bagi Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, mana-mana pembangunan mega di masa akan datang harus mengambil kira aspek keuntungan jangka masa panjang dan pendek yang berkonsepkan lestari.

"Ini bermakna pembangunan di Johor tidak boleh menggadaikan hak dan masa depan orang Melayu itu sendiri," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Apa yang membimbangkan hari ini, katanya projek Rapid di Pengerang telah menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti mana dapat dikesan dengan jelas dalam projek Iskandar Malaysia.

"Dalam Rapid terhapusnya 10 buah kampung tradisi, akhirnya rakyat Johor hilang tanah selamanya ," tambah beliau.

Beliau meminta rakyat Johor membuka mata mereka dan jangan terus terpesona dengan laungan pembangunan tetapi meminggirkan rakyat khususnya orang Melayu Johor.

Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.

Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.

Justeru beliau berharap Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman jangan membisu dalam hal ini, beliau harus tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan itu.

Semalam, Presiden DPMM  Datuk Syed Ali Alattas berkata,orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia.

Katanya, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” katanya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.