Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAU BERDAKWAH ? ADA LESEN TAK ?

NAK DAKWAH CAM MANA TOK GURU OIII ! TAULIAH ABU JAHAL DAN ABU LAHAB PEGAGNG
 
Nik Aziz: Buka ruang untuk berdakwah
ROSMIZA KASIM
9 Januari 2013
Nik Aziz
 
Nik Aziz bergambar bersama ahli-ahli majlis yang selepas selesai majlis penyerahan watikah pelantikan semalam. FOTO:KHIRU SHALLEH ABDULLAH
 
KOTA BHARU - Di sebalik percanggahan pendapat dalam kalangan pimpinan berhubung penggunaan kalimah ALLAH yang digembar-gemburkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bersetuju membuka ruang kepada orang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Berdasarkan pandangan peribadi itu, beliau berkata ruang bagi membolehkan kalimah ALLAH itu digunakan adalah sebagai langkah untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam.

Bagaimanapun katanya, bagi menjelaskan pendirian Pas yang dipertikaikan sebelum ini Nik Aziz menegaskan keputusan muktamad adalah ditentukan pada Sabtu ini menerusi mesyuarat Ulama Syura Pas yang adakan diadakan di Kuala Lumpur.

“Ini pandangan saya, sekiranya mesyuarat nanti tidak memberikan kebenaran saya akan ikut.

“Jadi pendapat saya sekarang ini yang penting ia perlu dibuka ruang kepada bukan Islam guna perkataan ALLAH,” katanya kepada media semalam mengulas mengenai perbezaan pendapat berhubung penggunaan kalimah ALLAH.

Terdahulu beliau merasmikan majlis Penyampaian Watikah dan Seminar Ahli-ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kerajaan Negeri yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar berkata, ruang tersebut boleh diberikan namun beliau menegaskan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam adalah berdasarkan ketetapan tertentu menerusi perbincangan.

“Kewajipan orang Islam adalah berdakwah. Bagaimana cara kita nak sebarkan Islam kepada bukan Islam kalau kita tutup 100 peratus perkataan ALLAH tidak boleh sebut oleh kumpulan itu,” katanya.

Isu penggunaan kalimah ALLAH mendapat perhatian hangat apabila ia dibangkitkan semula Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaannya dalam Bible versi bahasa Melayu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.