Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERTANDA RAKYAT BENAR-BENAR MAHU BERUBAH

Ahad, 13 Januari 2013

Azan Asar, tuntutan 10 perkara tutup HKR112


Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 melabuhkan tirainya dengan lagu Negaraku dan laungan azan Asar yang berkumandang.

Sebelum itu, doa dibacakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menutup ucapannya dengan mengajak ratusan ribu yang hadir dengan berteriak MERDEKA sebanyak tujuh kali dengan disambut sekelian yang hadir dengan 'RAKYAT'.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail pula memimpin bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112.


Deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu dibacakan Saifudin dan diulangi oleh sekalian yang hadir termasuk kesemua pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas.

Deklarasi itu adalah:

1) Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
2) Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

6) Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.

8) Menuntut pembebasan tahanan politik.
9) Menuntut agar kampung2 tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.

10) Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia.-Harakahdaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.