Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 9 Januari 2013

Muslihat Polis Keluarkan Pas Khas HKR KL112 Terbongkar!

Keputusan sebuah laman portal berita terkenal Malaysiakini tidak memohon pas khas yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membuat liputan sempena Himpunan Kebamgkitan Rakyat (HKR) sangat tepat.

Ini kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini, pihak polis sendiri yang tidak mengarahkan anggotanya memakai lencana rasmi pasukan dan tanda nama serta nombor polis mereka menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti provokasi dan kekeliruan membezakan antara peserta himpunan tulen dan pasukan keselamatan yang menyusup masuk seolah-olah peserta himpunan tetapi golongan inilah diharapkan akan mencetuskan huru-hara.

Penegasan Fathi Aris Omar yang mengatakan bahawa kad akreditasi wartawan yang dikeluarkan kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan serta baju berlogo mewakili media masing-masing dipakai semasa himpunan sebelum ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa wartawan mengikut undang-undang sedangkan polis sendiri tidak mematuhi prosedur standarad operasi (SOP) mereka sendiri.

Difahamkan, tindakan polis membelasah sesuka hati wartawan semasa himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April tahun lalu hingga menimbulkan kemarahan seluruh dunia mendorong pas khas ini dikeluarkan tanpa mematuhi garis panduan sedia ada yang sudah lengkap.

Sepatutnya polis memberi jaminan keselamatan sepenuhnya kepada peserta himpunan dan wartawan yang bertugas tanpa membezakan mana-mana individu yang hadir kerana ia merupakan tugas mereka dan bukannya menyamar sebagai peserta himpunan lalu mencetuskan provokasi yang akhirnya mengakibatkan 'rakan mereka' dari pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak lalu menunding jari kununnya peserta yang menimbulkan suasana sedemikian.

Pas yang dikeluarkan polis itu hanyalah satu lagi bukti polis ingin merancang sesuatu provokasi lebih dahsyat tanpa melakukan kesilapan serupa apabila wartawan dari seluruh dunia turut terkena serangan meriam air dan gas pemedih mata semasa Bersih 3.0 dulu hingga ada yang dirawat di hospital.

Najib Altantuya selaku perdana menteri tidak perlu risau dengan himpunan tersebut jika merasakan polis profesional dalam tugas mereka dan peserta himpunan mampu mengawal situasi ratusan ribu yang berarak di jalan raya tanpa arahan provokasi yang didalangi dirinya sendiri.

Jika wartawan diarahkan supaya memakai pas khas tersebut semasa himpunan, siapa pula yang akan mengarahkan anggota polis sendiri memakai lencana dan nombor polis mereka seperti yang termaktub dalam undang-undang jika tidak Najib Altantuya sendiri yang sepatutnya berbuat demikian?

Siapa pula yang akan memantau tindakan polis membelasah peserta himpunan jika tidak dengan bukti bergambar dan video dari wartawan sendiri serta peserta himpunan yang menghantar imej dan maklumat secara langsung menerusi laman sosial Facebook dan Twitter?

Jika polis sendiri boleh mengarahkan anggotanya supaya berdisiplin dan mematuhi prosedur standard mereka tanpa berniat melakukan provokasi yang diarahkan Najib Altantuya, sudah pasti himpunan berlangsung aman tanpa membabitkan insiden yang tidak diingini.

Malah tiada sebab munasabah mengeluarkan pas khas tersebut kerana ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa polis akan bertindak lebih ganas kali ini tanpa perasaan kemanusiaan menurut Konvensyen Geneva, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan perkara 10, Perlembagaan Persekutan.

Inilah masanya untuk polis membersihkan imejnya sendiri susulan beberapa insiden memalukan seperti tarian lucah di Shah Alam dan tahanan lari dari kawalan menimbulkan kembali persoalan terhadap integriti mereka.

Paling penting, kembalilah kepada ajaran Islam bagi anggota yang mengaku mengucap dua kalimah syahadah dan percaya kepada moral yang mulia bagi yang bukan beragama Islam.

Itu prasayarat yang mesti dilakukan polis sebelum mengarahkan itu dan ini kepada pihak lain tanpa gagal sama sekali.



0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.