Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELANGOR NEGERI KAYA WOIIII !

Najib: 'Pengundi Selangor, yakin dan berilah kami peluang'
Wartawan Sinar Harian
16 Januari 2013
Najib Tun Razak
 
Foto fail, Najib Tun Razak berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan tahun lalu. - Foto Bernama
 
SHAH ALAM - Sambil mengakui ada kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) masa lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak merayu agar perikatan itu diberikan satu peluang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk mentadbir semula Selangor.

Pengerusi BN ini berkata, pihaknya berjanji akan bangkit semula dengan niat dan semangat baru bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

"Kami sedar, terdapat kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran Barisan Nasional yang lalu. Atas kesedaran ini, kami berjanji akan bangkit semula dengan niat dan semangat baru bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

"Janji kami adalah Janji Ditepati. Yakinlah dan berilah peluang kepada kami untuk membawa perkhidmatan yag lebih baik kepada rakyat Selangor," kata beliau dalam perutusan sempena tahun 2013 yang dihantar kepada pengundi di negeri Selangor.

Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, beliau amat bersyukur kerana negara diberikan kesejahteraan yang berterusan sepanjang tahun lalu."Alhamdulillah, Malaysia terus aman dan makmur tanpa mengalami bencana besar.
 
"Negara kita juga mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik secara keseluruhannya."Ini merupakan hasil usaha bersama rakyat Malaysia menggembleng tenaga dan usaha bagi memastikan negara ini kekal sejahtera," katanya lagi.

Dalam mesej satu halaman, Perdana Menteri berkata, 2013 merupakan tahun penting kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada rakyat Selangor sendiri, setelah lebih empat tahun berhadapan dengan kecelaruan di bawah kerajaan DAP, PKR dan Pas. Oleh itu katanya, "kini tiba masanya untuk berubah."

"Mandat baru perlu diamanahkan kepada Barisan Nasional menjelang pilihan raya yang pasti berlaku pada tahun 2013," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Selangor, negeri paling maju di Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu. Pakatan Rakyat dianggotai Pas, PKR dan DAP.

Najib pernah melahirkan permohonan maaf atas kesilapan dan kekurangan disebabkan BN sebelum 2008.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.