Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA YANG MULAKAN CAKAP NAK BAKAR BIBLE TANGKAP LA DEPA TU

KDN: Himpunan bakar Bible sengaja dibesarkan

25 Januari 2013
Datuk Seri Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin
 
PUTRAJAYA - Dakwaan kononnya akan berlaku upacara membakar Bible versi bahasa Melayu di Butterworth Ahad ini adalah tidak berasas dan sengaja digembar-gembur pihak tertentu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat mengambil pendekatan rasional dan bertenang.

"Menerusi makluman yang diterima daripada Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) sendiri dan setelah ditanya kepada tuan punya badan, mereka menafikannya (upacara membakar bible)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah dan sentiasa memantau perkara itu.

"Sesiapa yang menyebarkan berita palsu itu akan didedahkan. Saya berjanji dan beri jaminan perkara yang ada asas, kita akan teliti dan siasat," katanya.

Ahad lepas Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar bible Melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri itu.

Terdahulu Hishammuddin hadir pada majlis penyerahan MyKad kepada B. Dinesh Kumar, 26, dan B.Reshina, 18, yang tercicir daripada mendapat MyKad berikutan masalah ketiadaan dokumen walaupun kedua ibu bapanya A. Maria, 52, dan R. Batumanathan, 54, adalah warganegara.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menegaskan tiada sesiapa pun boleh terlepas daripada tindakan undang-undang termasuk petugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang disyaki terbabit dalam sindiket menjual bayi.

"Tiada maaf bagi sesiapa yang terbabit dalam kes ini...ramai lagi yang terbabit kerana sindiket itu bukan di kesan di negara ini sahaja sebaliknya di peringkat antarabangsa juga," katanya.

Media melaporkan kejayaan polis menumpaskan satu sindiket penjualan bayi di Pulau Pinang yang didalangi seorang wanita tempatan sejak tiga tahun lalu yang dipercayai mengaut keuntungan mencecah RM25,000 untuk seorang bayi.

Wanita berusia 50-an itu dikesan turut bersekongkol dengan seorang doktor klinik swasta dan seorang petugas JPN.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.